Kereta terbang eHang dijual pada harga RM1.5 juta

oleh Penyumbang Rencana|
Selepas lebih tujuh tahun dalam pembangunan, eHang akhirnya mula menjual “kereta terbang” mereka di China pada harga RMB 2.39 juta (~RM 1.5 juta) bagi setiap unit.

eHang EH 216-s boleh membawa dua penumpang dengan melakukan operasi secara swaterbang.

Dengan sekali caj, ia boleh terbang sejauh 30km dengan kelajuan mencecah 130km/j.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

eHang ialah pengeluar pertama yang dibenarkan menawarkan perkhidmatan teksi terbang di China.

Sejak tiga tahun yang lalu mereka turut telah melakukan ujian ia digunakan untuk tujuan pelancongan di Guangzhou.

Walaupun sudah boleh dibeli di China, jualan yang dibuka untuk tujuan komersial bukannya untuk pemilikan peribadi.

eHang EH 216 mempunyai kaitan dengan Malaysia. Pada tahun 2019 Super Dron diumumkan sebagai “kereta terbang pertama Malaysia” tetapi hanyalah sekadar EH 216 yang diimport.

Selepas ia didedahkan, tiada lagi sebarang berita mengenai “kereta terbang buatan tempatan” tersebut.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…
Berita Domestik
Aerotree telah mempunyai pengalaman operasi selama 23 tahun dalam industri aviasi dan aeroangkasa…
Informasi
  "Rasional pengambilalihan itu adalah untuk mewujudkan integrasi perniagaan dengan Strong Rich…