Aerotree, Ehang jalin kerjasama strategik bangunkan mobiliti udara urban (UAM) di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Aerotree Flight & Service baru-baru ini mengumumkan kerjasama perniagaan strategik dengan EHang Holdings Limited untuk pembangunan sektor mobiliti udara urban (UAM) di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Aerotree telah mempunyai pengalaman operasi selama 23 tahun dalam industri aviasi dan aeroangkasa di Malaysia, dan menerusi kerjasama ini, kedua-dua pihak akan mempromosi, membangunkan dan menawarkan solusi mobiliti udara urban seperti pengangkutan penumpang, persiaran udara, khidmat pemadaman api, serta logistik.

Difahamkan, sebanyak 60 unit kenderaan udara autonomi (AAV) telah pun dipra-tempah termasuk siri EH216 dan pesawat VT30, menjadikan tempahan terbesar yang diterima oleh EHang untuk pasaran Malaysia.
 

VT30


Selain itu, Aerotree juga dijangka akan membangunkan pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), serta pusat latihan EHang di Malaysia.

Menurut pengasas, pengerusi dan CEO EHang, Huazhi Hu berkata, "kami amat berbesar hati untuk memasuki pasaran Malaysia dan meningkatkan kehadiran kami menerusi kerjasama dengan Aerotree.

"Malaysia dan Jepun bakal menjadi pasaran yang sangat berpotensi untuk EHang di Malaysia berdasarkan jumlah permintaan dan pra-tempahan yang tinggi untuk AAV penumpang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terminal teksi udara yang bakal beroperasi di bandar pelancongan itu dikatakan bakal beroperasi…