Kereta terbakar langgar pokok, pemandu Nissan Almera rentung

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang pemandu rentung selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di hadapan sebuah kilang dalam Kawasan Perindustrian Pasir Gudang pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.13 pagi.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Susulan itu katanya, seramai 10 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu utiliti Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kejadian melibatkan kebakaran sebuah kereta jenis Nissan Almera yang telah terbabas melanggar pokok di tepi jalan lalu terbakar.

"Dalam kejadian tersebut, terdapat seorang mangsa yang tersepit tidak dapat keluar dari kenderaan. Mangsa kemudiannya ditemui rentung dalam kenderaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan 'rescue tool' sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, operasi tamat pada jam 11.51 pagi.

 

- salam takziah kepada keluarga mangsa -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kebakaran menyebabkan bahagian pemandu dan tempat duduk penumpang hadapan serta bahagian enjin…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata, kemalangan berlaku…
Berita Domestik
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung…