Laporan susulan - Kereta Mercedes terbakar, 4 rentung

oleh SALINA JALIL|
Empat maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke bawah laluan bertingkat (flyover) Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan terbakar di Jalan Teratai, Batu 10, Kampung Kebun Bharu, di sini, awal pagi tadi.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.11 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Sepasukan sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

"Sebaik tiba, kami mendapati kebakaran membabitkan sebuah kereta Mercedes yang terjatuh dan terbabas ke bawah laluan bertingkat (flyover) lebuh raya berkenaan.

 

"Selepas selesai memadam kebakaran, kita dapati empat mangsa yang tidak dikenal pasti identiti dan jantina dalam kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan kereta terbabit terbakar 100 peratus.

 

"Kita berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

 

"Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Susulan itu katanya, seramai 10 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu…
Berita Domestik
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung…
Berita Domestik
  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Jamal berkata, kemalangan…