Kereta Polis Ford Focus RS guna ekzos Milltek Sport, sah di sisi undang-undang!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kereta Polis Ford Focus RS dengan ekzos Milltek Sport
Kereta Polis Ford Focus RS dengan ekzos Milltek Sport
Satu kerjasama yang menarik apabila pengeluar ekzos berprestasi Milltek Sport bekerjasama dengan Polis Devon & Cornwall di United Kingdom (UK).

Milltek Sport memasang sistem ekzos yang mempunyai kelulusan ECE (Economic Comission for Europe) pada kereta polis Ford Focus RS Mk3 2016.

Focus RS itu bukan kereta peronda dan sudah dua tahun berkhidmat dan diubah suai sehingga menjadi objek perhatian ramai.

Kereta itu dibawa ke sesi pertemuan dan dipaparkan di dalam video keselamatan jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kev Hall dan Sarjan Owen Messenger

 

Projek ini diterajui Sarjan Owen Messenger dan diubah suai dengan kerjasama sebuah saluran kereta di media sosial. 

Dana projek disediakan Vision Zero South West yang merupakan satu usaha sama keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kemalangan jiwa di Devon & Cornwall.

Usaha ini dibuat bagi menunjukkan kepada peminat kereta bagaimana mereka boleh mengubahsuai secara sah di sisi undang-undang.

Penggunaan ekzos Milltek Sport ibarat orang mengantuk disorong bantal kereta satu-satunya ekzos pascaparan (aftermarket) untuk Focus RS Mk3 yang halal digunakan di UK.

 

 Kereta Polis Ford Focus RS dengan ekzos Milltek Sport

 

Penggunaan ekzos yang tidak sah bermakna berlakunya pelanggaran undang-undang emisi dan risiko gagal pemeriksaan berkala MOT.

Sistem ekzos Milltek Sport terdiri daripada peredam yang diluluskan ECE dengan muncung berusan titanium.

Sistem injap Milltek Sport sepadan dengan injap kawalan ekzos asal dan paip ekzos bersambung dengan penyenyap depan dan belakang dan saluran berinjap kanan dan kiri.

Penyesuai (adaptor link) menyambung sistem ekzos dengan paip turun (downpipe) dari HJS yang mempunyai 200 sel pemangkin dan mematuhi piawaian Euro 6 dan ECE.

 

Kereta Polis Ford Focus RS dengan ekzos Milltek Sport

 

Penglibatan Milltek Sport di dalam projek ini melengkapi pembabitan syarikat di dalam Persatuan Pascaparan Automotif Berprestasi (PAAA).

Penglibatan ini juga selari dengan kempen SMART (Pengubahsuaian Selamat dan Penalaan Bertanggungjawab) oleh PAAA.

Matlamat kempen ialah untuk menyatukan dan menumpukan industri penalaan prestasi bagi menghasilkan dan membekalkan produk yang selamat, sah dan sesuai untuk tujuan.

Pada masa yang sama meningkatkan prestasi dan dinamik kenderaan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kereta Polis Ford Focus RS dengan ekzos Milltek Sport

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagaimana pula dengan kehadiran model hot hatch Focus RS? Ini kerana sebelum ini terdapat ura-ura…
Berita Global
Syarikat automotif Korea, Hyundai mengumumkan perlantikan bekas ketua jurutera Ford RS, Tyrone…