Bagaimana pula dengan kehadiran model hot hatch Focus RS?
Ini kerana sebelum ini terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa projek Ford Focus RS ini dihentikan disebabkan regulasi peraturan emisi yang semakin ketat di UK, serta inisiatif Ford untuk mengurangkan kos.
Namun, dalam satu laporan daripada CarAdvice, wakil jurucakap Ford mengesahkan bahawa ia masih terlalu awal untuk membuat spekulasi berkenaan masa hadapan Ford Focus RS.
Tambah wakil itu lagi, kebiasaannya Ford akan melancarkan versi hot hatch lebih lewat dan tidak akan dilancarkan sekali dengan Focus standard.
Sebelum ini terdapat cakap-cakap yang menyatakan bahawa Ford Focus RS generasi keempat hanya akan dilancarkan pada tahun ini sebagai model tahun 2021, namun berita seterusnya mencadangkan ia berkemungkinan besar dilanjutkan ke tahun 2022 atau 2023.
Apapun, seperti yang telah dijelaskan oleh wakil Ford, masih terlalu awal untuk membuat telahan bahawa projek hot hatch Focus RS ini sudah menemui jalan buntu.
Sumber: CarAdvice