Kereta milik Justin Bieber ini dibuat oleh West Coast Customs

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa minggu yang lalu, warganet dikejutkan dengan kehadiran sebuah Rolls-Royce dengan rekaan aneh dipandu oleh Justin Bieber, dan baru-baru ini sebuah video disebalik tabir telah diterbitkan bagi mendedahkan proses rekaan kereta ala UFO itu.
Modenas

Projek kereta ini dikendalikan oleh West Coast Customs - nama yang sebelum ini terkenal dengan acara Pimp My Ride era 2000-an - dan ia merupakan salah satu projek yang berjaya mencabar keupayaan syarikat pembuat kit badan kustom itu.

Menurut Ryan Friedlinghaus, pengasas dan CEO West Coast Customs, kereta Rolls-Royce ini diinspirasikan daripada model konsep Rolls-Royce 103EX yang diperlihatkan pada tahun 2016.

 

model Rolls-Royce asal milik Justin Bieber


Pada mulanya, Justin Bieber mahukan kereta konsep tersebut, malangnya ia hanyalah sekadar model konsep, dan Rolls-Royce sendiri tidak mahu untuk menjual model konsep one-off itu.

Jadi, West Coast Customs telah dipertanggungjawabkan untuk membina sendiri model itu dengan menggunakan asas daripada Rolls-Royce Wraith.

Menurut video tersebut, casis asal Wraith telah dipendekkan sebanyak lapan inci dan dilebarkan sebanyak 12 inci, dan sebelum kerja-kerja rekaan dibuat, kereta tersebut telah diimbas satu demi satu dengan menggunakan 3D scan.

Setelah siap, kereta tersebut dilayangkan dengan warna dua tona gandingan gloss silver dan matte grey.

 

model konsep Rolls-Royce 103EX


Antara ciri menarik yang diperlihatkan adalah binaan arca roda yang tertutup sepenuhnya, menjadikan kereta tersebut seakan terapung ketika bergerak.

Untuk menjadikan kereta tersebut sesuai digunakan oleh penyanyi popular itu, West Coast Customs turut memasang sistem audio daripada JL Audio dengan tetapan seperti sebuah studio rakaman.

Video penuh disebalik tabir pembikinan model one-off Rolls-Royce milik Justin Bieber boleh ditonton pada pautan di bawah.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Memperkenalkan, Phantom Tempus Collection, sebuah model baharu edisi terhad yang diinspirasikan…
Berita Global
Kereta yang dihasilkan oleh Rolls-Royce Bespoke Collective ini dikomisyenkan oleh Jack Boyd Smith…
Berita Global
Namun, menerusi satu video ringkas yang dimuatnaik dalam Facebook, Rolls-Royce mahu membuktikan…