Kereta Konsep Toyota GR HV Sports, adakah bakal menjadi lagenda seperti Supra?

oleh SALINA JALIL|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memperkenalkan kereta konsep terbaharu mereka iaitu GR HV Sports di Pameran Motor Tokyo 2017. Kereta konsep Toyota GR HV Sports ini adalah untuk menunjukkan cara baru untuk menikmati kereta dengan menggabungkan keseronokan kereta sukan yang sporti tetapi mesra alam (eco-car).

hv 2

 

Reka bentuk ini mengingatkan kita kepada kereta lumba TS050 Hybrid Toyota Gazoo Racing yang telahh bertanding di World Endurance Championship (WEC).

Mempunyai targa di bahagian atas (hud bahagian bumbung) sepertimana yang pernah digunakan untuk kereta sukan legenda Toyota, Toyota Sports 800 (a.k.a Yotahachi) dan Supra.  

Bahagian enjin adalah dari THS-R (Toyota Hybrid System-Racing) yang telah disuntik dengan teknologi TS050 Hybrid.

 

HV 3

 

 

HV 7

 

Reka bentuk

Walaupun berfungsi sepenuhnya sebagai kereta sukan yang tulen, konsep SP GRV Toyota GRV mempunyai lampu LED, roda aluminium, dan penyebar belakang yang serupa dengan TS050 Hybrid. Reka bentuk ini dibangkitkan oleh Toyota selaras dengan sukan bermotor.

Warna matte hitam telah dipilih kerana ia melambangkan kuasa dan agresif.

HV 4

 

Interior (kemasan dalaman)

Suis seleksi atau butang suis untuk memilih kedudukan gear automatik terletak di kelompok pusat untuk mencapai suasana seperti kereta lumba.

Suis pencucuhan pula terletak di tombol shift.

HV 5

 

Kesenangan kawalan

Pemandu pasti akan teruja dengan prestasi THS-R dalam ia melengkapi ciri-ciri kereta sukan yang tulen.

Untuk mod pemanduan pula, ia amat mudah ditukar ke mod manual iaitu dengan menekan satu butang dan pemanduan gaya 6-kelajuan dengan corak H-pola boleh dinikmati (kereta adalah automatik).

Bateri hibrid pula dipasang di tengah pusat kenderaan. Pemasangan bateri berat ini dipasang di bahagian pusat (di bahagian pertengahan kenderaan) adalah untuk meningkatkan prestasi model Toyota GR HV Sports ini sebagai kereta sukan.

HV 6

 

*Berita dan gambar dari netcarshow.com 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…