Kerajaan US akan siasat kes kemalangan maut Tesla di Florida

oleh HEZERI SAMSURI|
Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan US (NTSB) akan menghantar pasukan penyiasat untuk mengkaji kes kemalangan sebuah Tesla yang menyebabkan kematian dua orang di Coral Gables, Florida.

Menurut polis di Coral Gables, ia tidak pasti samada Tesla Model 3 yang terbabit di dalam kemalangan itu menggunakan sistem suapandu Autopilot tetapi dua mangsa itu terbunuh dan terbakar sehinggakan identiti mereka masih belum dapat ditentukan.

NTSB berkata ia akan memberikan fokus penyiasatan mereka kepada operasi kenderaan itu dan kebakaran yang berlaku selepas ia menghentam sebatang pokok.

Menurut laporan Reuters, Tesla tidak memberikan respon segera berkaitan isu terbabit.

Ini bukan kali pertama Tesla mengalami kebakaran selepas kemalangan dan di dalam bulan Ogos lalu, NHTSA telah membuka siasatan rasmi terhadap 765,000 kenderaan Tesla dan sistem Autopilot selepas 11 kemalangan yang membabitkan bantuan dari polis dan bomba.

 

 

 

Agensi tersebut juga telah membuka 33 siasatan individu di dalam kemalangan Tesla yang menyebabkan 11 kematian sejak tahun 2016 dan disyakki mempunyai kaitan dengan penggunakan sistem AutoPilot.

Bagaimanapun, NHTSA telah menyatakan Autopilot bukan punca kemalangan dalam tiga dari kesemua kemalangan itu.

Kejadian ini menunjukan betapa pentingnya tindakbalas dari kerajaan sendiri untuk mempertahankan hak dan keselamatan pengguna.

Malaysia masih tidak mempunyai instrumen yang lengkap bagi memperjuangkan hak pengguna di dalam produk automotif dan kes "recall" beg udara Takata membuktikan tidak ada sebarang usaha kukuh dari pihak kementerian melainkan "disuruh" oleh Menteri.

Ia turut membuktikan walaupun Tesla diberikan gelaran kenderaan paling selamat di dunia, nisbah kematian dan kemalangan oleh Tesla jauh melebihi kenderaaan dengan enjin biasa atau tanpa sistem Autopilot.

* Laporan lengkap di Reuters.com

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ada yang terpaksa menggunakan kad kunci jika bernasib baik untuk membawa kereta bersama.  …
Berita Global
Syarikat gergasi kenderaan elektrik itu kini melancarkan produk pengecas rumah Wall Connector tahap…
Berita Global
Menurut laporan daripada Automotive News, bateri 4680 itu bakal mempunyai kapasiti storan tenaga…