Kerajaan setuju tambah tempoh tiga bulan untuk mohon lesen PSV

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan terbaharu, kerajaan bersetuju untuk memberikan tambahan tiga bulan supaya pemandu aplikasi seru-pandu mendapatkan lesen PSV sebagaimana peraturan yang ditetapkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya melalui Jabatan Pengangkutan Jalan akan mengambil pendekatan penguatkuasaan berbentuk mendidik secara berperingkat. 

Keputusan ini dibuat setelah mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini. 

"Sepanjang tempoh tiga bulan ini, mana-mana pemandu yang memandu tanpa lesen PSV akan diberikan nasihat, pendidikan dan amaran terakhir supaya mematuhi dan melengkapkan peraturan yang ditetapkan. 

"Selain itu, syarat dan peraturan bagi 31 Syarikat Perniagaan Pengantaraan (EHO), ia mula dikuatkuasakan hari ini maka mereka perlu mematuhinya, manakala kadar komisen pemandu e-hailing adalah maksimum 20 peratus dan pemandu teksi pula, maksimum 10 peratus,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Dengan memansuhkan ujian teori, mereka hanya perlu menduduki kelas teori secara fizikal atau…
Berita Domestik
  Adenan berkata, pihaknya turut mengesan sebanyak 111 kesalahan teknikal berkait tayar, cermin…
Informasi
  Katanya, perkhidmatan kaunter bagaimanapun memberi keutamaan kepada urusan berkaitan Kenderaan…