Kerajaan pertimbang kebenaran balik kampung untuk pasangan/keluarga lengkap dua dos vaksin

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan akan mempertimbangkan kebenaran rentas negeri bagi pasangan dan ibu bapa jarak jauh yang sudah lengkap dua dos vaksin untuk bertemu keluarga mereka.

Menurut laporan daripada Bernama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran bertemu keluarga jarak jauh merupakan perkara yang sedang diperhalusi bagi mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin.

Katanya lagi, beliau mengambil berat terhadap luahan netizen di media sosial yang mengeluh terpisah daripada pasangan atau ibu bapa disebabkan larangan rentas negeri.

"Saya sering membawa isu ini dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara. InsyaALLAH kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula, lebih-lebih lagi jika ibu bapa sudah pun menerima dua dos vaksin.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelonggaran bagi individu yang sudah lengkap dua dos vaksin akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pemulihan Negara dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika ini kajian teliti sedang…
Berita Domestik
  "Kerajaan negeri masih mengekalkan kelonggaran berniaga di lampu isyarat, namun kita tidak akan…
Berita Domestik
  "Setelah berbincang dengan pihak polis, kami akan memberikan sedikit kelonggaran untuk beberapa…