Parkir luar Hospital Ipoh - Polis beri kelonggaran, tapi jangan 'double parking'

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Polis akan menangguhkan sementara tindakan menyaman kenderaan yang diletakkan di bahu jalan pekarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.


Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penangguhan sehingga Mei itu mengambil kira keperluan petak parkir yang tidak mencukupi selain pembinaan parkir baharu yang masih dalam proses.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, orang ramai diberi kelonggaran meletakkan kenderaan masing-masing di luar kawasan hospital dengan syarat tidak menghalang lalu lintas pengguna lain terutama ambulans.

"Saya nasihatkan kepada orang ramai agar beri kerjasama meletakkan kenderaan secara teratur, tidak double parking atau mengganggu pergerakan ambulans yang keluar masuk ke hospital.

"Jika kita dapati berlaku halangan, maka tindakan saman tetap akan dikeluarkan oleh anggota yang membuat rondaan," katanya kepada pemberita sempena Program High Profile Policing (HPP) di bazar Ramadan pekarangan Stadium Perak pada Rabu.

Mohd Yusri berkata, perbincangan mengenai perkara itu telah dilakukan bersama kerajaan negeri menerusi Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan, Isnin lalu.

"Kita memikirkan tentang kepentingan dari segi kebajikan dan keselesaan orang ramai untuk mendapatkan rawatan di HRPB, jadi kita menangguhkan (tindakan saman) sehingga parkir baharu siap dijadualkan Mei ini," katanya.

Laporan media sebelum ini menyebut, kerajaan negeri akan berbincang dengan polis dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memohon pertimbangan supaya tidak mengeluarkan saman kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di luar pekarangan HRPB.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Menurutnya, sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan merancang perjalanan sebaiknya untuk keluar…