Kerajaan pertimbang cadangan subsidi tiket penerbangan untuk mahasiswa

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Kerajaan akan berbincang dengan syarikat penerbangan untuk menangani isu harga tiket penerbangan yang membebankan rakyat, terutama di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Kosmo melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pengangkutan sebelum ini telah membuat penambahan penerbangan khususnya berkaitan cuti raya.

“Tetapi ini (permintaan supaya kurangkan harga tiket) di luar skop kerajaan dan kena bagi subsidi tiket.

“Harga student (pelajar) ini masuk akal dan mungkin kena runding dengan syarikat penerbangan,” katanya pada sesi dialog bersama mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Terdahulu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Negeri Sembilan mengutarakan berhubung kebimbangan mahasiswa mengenai harga tiket kapal terbang domestik yang mahal.

Jelas beliau, sijil atau identiti pelajar diperlukan dengan kemungkinan pemberian tiket setahun sekali kepada golongan itu.

“Boleh, nanti saya akan bincang dengan Menteri Pengangkutan. Saya terima ini satu masalah kerana bukan semua keluarga dari Sabah dan Sarawak dan keluarga di sini yang ke negeri tersebut adalah senang dan terbeban,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
"Dalam Semenanjung kita tak ada harga maksimum sebab di Semenanjung ada pilihan pengangkutan lain…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
"Kita faham buat masa ini harga tiket penerbangan tinggi dan antara faktor peningkatan ini adalah…