Kerajaan Perancis beri amaran - penggabungan Renault-Fiat tidak boleh buang pekerja

oleh HEZERI SAMSURI|

Menteri Kewangan Perancis siang tadi berkata sekiranya rancangan penggabungan Renault dan Fiat-Chrysler diteruskan, tidak ada kilang di dalam negara itu akan ditutup dan tiada pekerja akan dibuang.

Semalam, Fiat Chrysler Automobiles (FCA) mengumumkan rancangan penggabungan sama-rata antara dua syarikat gergasi tersebut yang bakal menjadikan ia syarikat kenderaan global yang ketiga terbesar selepas Volkswagen dan Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Renault walaubagaimanapun hanya memberikan respon bahawa ia sedang mengkaji "cadangan mesra" itu.

FCA berkata penggabungan itu akan memberikan penjimatan sebanyak €5 billion dan bercadang untuk mengadakan perkongsian pelaburan bagi pembangunan teknologi pandu kendiri (autonomous driving) dan kenderaan elektrik.

Sewaktu temubulan bersama radio RTL Perancis, Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire meminta pengerusi Renault, Jean-Dominique Senard untuk membierkan jaminan memastikan kilang dan pekerjaan di Perancis kekal.

Senard ialah pengerusi baharu menggantikan Carlos Ghosn yang ditahan di Jepun kerana tuduhan memalsukan jumlah pendapatan.

Sebelum ini, Senard mengetuai jenama tayar terkenal Perancis, Michelin.

Kerajaan Perancis memiliki 15 peratus saham syarikat Renault.

* Imej utama dari Bloomberg
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…