Kerajaan negeri Kedah cadang naikkan harga tiket feri Langkawi

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan negeri Kedah menunggu persetujuan Kabinet berhubung kadar harga baharu tiket feri ke Langkawi bagi membolehkan konsortium feri di negeri itu terus bertahan ketika pandemik COVID-19.


EXCO Pengangkutan negeri, Azman Nasrudin, berkata kerajaan negeri sudah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan mengenai perkara itu dan sedang menunggu persetujuan Kabinet.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, peratus kenaikan tambang itu sudah dibincangkan dengan kadar yang wajar dan tidak membebankan penumpang.

 

"Harga tiket di Langkawi tidak pernah naik sejak 2007 iaitu 13 tahun lalu, ia pernah dibincangkan beberapa kali oleh kerajaan terdahulu namun masih tidak berlaku kenaikan.

 

"Jadi kali ini kita sangat berharap Kabinet akan membuat keputusan yang baik bagi mewujudkan situasi menang-menang kepada penumpang dan juga pengusaha feri Langkawi untuk kelangsungan syarikat," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

 

Mengulas lanjut, Azman berkata pihaknya turut mencadangkan agar subsidi diberikan kepada konsortium feri di negeri ini bagi menampung operasi yang kekurangan penumpang kerana penjarakan sosial dan jumlah perjalanan yang dikurangkan daripada 10 kepada dua perjalanan sehari ketika ini.

 

Selain itu, pihaknya juga akan mencadangkan kekerapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah ditambah ketika Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri (JKKN) berkaitan COVID-19 malam ini.

 

"Kita mungkin tambah daripada dua kepada empat perjalanan sehari, namun ia memerlukan perbincangan terperinci dalam mesyuarat malam ini.

 

"Apa yang penting sekarang, selain mementingkan keselamatan rakyat berdepan wabak ini, kita juga mahu kitaran ekonomi berjalan dengan menyelamatkan sektor pengangkutan dan pelancongan.

 

"Setakat ini perkhidmatan feri di Kedah antara yang termurah berbanding negeri lain, saya yakin pengguna akan dapat memahami situasi ini bagi memastikan pengusaha feri dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik selepas ini," katanya.

 

Pada masa ini, harga tiket sehala Kuala Kedah ke Langkawi ialah RM23 manakala Kuala Perlis-Langkawi ialah RM18.

 

 

 

sumber: BH

Berita Berkenaan

Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Berita Domestik
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata bas…
Berita Domestik
"Susulan pendaftaran SST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kami akan mula mengenakan SST pada…