Kenderaan Toyota masa hadapan bakal bercakap sesama sendiri

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Amerika sedang merancang untuk melengkapkan kenderaan mereka dengan teknologi tanpa wayar jarak dekat (short-range wireless) bermula tahun 2021 bagi mengurangkan kadar kemalangan. Teknologi ini memungkinkan kenderaan Toyota berhubung sesama sendiri di atas jalanan.

Dengan pengenalan teknologi seumpama itu, Toyota berharap sistem khusus itu akan meliputi keseluruhan tawaran model Toyora menjelang pertengahan 2020 dan berharap pengeluar yang lain akan turut mengikuti langkah tersebut.

Sebenarnya teknologi ini telah diwujudkan pada tahun 1999 dengan pengenalan spektrum 5.9 GHz yang dikhususkan untuk komunikasi vehicle-to-vehicle (V2V) dan juga vehicle-to-infrastructure (V2I).
 

Namun begitu, teknologi ini terbiar begitu sahaja tanpa sebarang penggunaan dan menurut wakil Kongres dan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) ini merupakan masa yang sesuai untuk mengunapakai kembali teknologi tersebut.



 

Pada tahun 2017, syarikat General Motors menawarkan teknologi komunikasi V2V ini pada kenderaan Cadillac CTS, namun ia terhad kepada kenderaan pendaftaran komersial sahaja. 




 

Ciri komunikasi V2V ini telah diuji selama lebih sedekad lalu di Amerika menggunakan sistem perhubungan jarak dekat yang khas untuk menghantar data (lokasi, arah, kelajuan) kepada kenderaan terdekat pada jarak sehingga 300 meter.
 

Penghantaran data itu dilakukan sebanyak 10 kali sesaat dan membolehkan kenderaan mengenal pasti risiko dan memberikan amaran awal bagi mengelakkan kemalangan khususnya di persimpangan jalan. 
 

Menurut Pengurusan Keselamatan Trafik Lebuhraya Amerika (NHTSA) tahun lepas, penguatkuasaan teknologi seumpama itu bakal melibatkan kos awalan di antara USD $135 sehingga $300 (RM525 sehingga RM1944)* untuk setiap kenderaan. Perlaksanan sepenuhnya sistem V2V ini dijangka bakal mengurangkan sehingga 600,000 kes kemalangan setahun dan mengelakkan kerugian mencecah $71 billion. 
 

Syarikat pengeluar utama Amerika dan barisan pimpinan utama negeri telah mendesak Elaine Chao, Setiausaha Utama Kementerian Pengangkutan Amerika bagi menetapkan piawai standard dan meluaskan lagi penggunaan spektrum komunikasi itu demi meningkatkan kadar keselamatan trafik di sana. 
 

Sumber: Autoblog
Sumber gambar: Cadillac V2V
*tertakluk kepada kadar pertukaran wang semasa

Tags

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan laporan tahunan Vehicle Health Index Make and Model Reliability Rankings yang…
Uncategorized
Apa yang menarik, menurut khabar angin yang dilaporkan oleh Japanese Nostalgic Car, Toyota MR2 ini…
Berita Global
Trak pikap beliau mengalami beberapa kerosakan akibat kebakaran, namun kenderaan tersebut…