Kenderaan milik JAKOA terbabit kemalangan, empat cedera, kanak-kanak nyaris dilanggar

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Berita Harian
Seorang kanak-kanak tercampak dari sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4) nyaris dilanggar sebuah kenderaan lain yang mengekori dari belakang dalam kemalangan yang berlaku di KM 47.3, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada jam 1.27 tengah, Jumaat.

Sebuah klip video berdurasi 23 saat yang dirakam melalui kamera papan pemuka memaparkan kemalangan itu dan kelihatan seorang kanak-kanak tercampak keluar dari kenderaan itu dan seorang wanita terbaring di tepi jalan.

Kenderaaan 4x4 itu milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dipandu oleh lelaki tempatan berusia 57 tahun,turut dinaiki oleh seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dan tiga penumpang perempuan berusia 15 hingga 39 tahun.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu oleh lelaki warganegara asing berusia 44 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Jeli, Kelantan.

"Empat penumpang termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun dan tiga penumpang perempuan mengalami kecederaan .

"Semua penumpang yang cedera itu telah dihantar ke di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, pemandu kenderaan milik JAKOA dan pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati MPV yang berada di sebelah kiri jalan telah bergesel dengan kenderaan JAKOA yang berada di sebelah kanan laluan berkenaan.

"Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu tampil membantu siasatan, pihak polis juga menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta patuhi had laju yang ditetapkan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Astro Awani

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, arahan itu dikeluarkan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini yang…