KENDERAAN ELEKTRIK TIDAK AKAN DOMINASI PASARAN GLOBAL - PENGERUSI TOYOTA

oleh Firdaus Razani|
Walaupun hari ini kita dapat saksikan kekerapan pelancaran model baharu kenderaan elektrik di pasaran, namun mampukah ia menguasai pasaran automotif global pada masa akan datang?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengerusi Toyota, Akio Toyoda, baru-baru ini berkata, bahawa jualan kenderaan elektrik (EV) tidak akan sesekali mendominasi pasaran automotif pasaran global.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, walaupun banyak kemajuan EV yang dicapai, namun ia hanya 30 peratus bahagian pasaran sahaja dan selebihnya adalah pada kenderaan hibrid, sel bahan api hidrogen dan enjin hidrogen.

 

toyota

 

"Kereta enjin pasti akan kekal. Ini adalah sesuatu yang pelanggan dan pasaran akan putuskan, bukan nilai kawal selia atau kuasa politik." katanya.

Toyoda menegaskan bahawa masih ramai masyarakat di seluruh dunia yang hidup tanpa bekalan elektrik, oleh itu penting bagi syarikatnya untuk menghasilkan pelbagai jenis kenderaan dan tidak tertumpu kepada EV sahaja.

"Dalam kes Toyota, kami juga membekalkan kenderaan ke wilayah ini, jadi satu pilihan EV tidak dapat menyediakan pengangkutan untuk semua orang." katanya.

 

toyota

 

Jika dilihat pada sejarah automotif, Toyota merupakan pembuat kereta pertama yang membawa kenderaan hibrid ke pasaran, bermula pada tahun 2000 dengan model Prius.

Toyoda turut berkata bahawa Jepun merupakan satu-satunya negara maju yang telah mengurangkan pelepasan karbon (CO2) sebanyak 23 peratus selepas mengenalkan kenderaan hibrid.

Beliau percaya bahawa musuh utama adalah CO2 dan beliau mengajak untuk semua pembuat kenderaan berfikir cara bagaimana untuk mengurangkan pelepasan CO2 dengan segera.

 

toyota

 

Mungkin ada betulnya, musuh pencemaran alam sekitar adalah CO2, jadi menggunakan tenaga elektrik atau menghasilkan EV sahaja tidak cukup, mungkin ada tenaga baharu yang lebih mesra alam.

Tambahan itu, menurut Kelly Blue Book, rekod jualan EV melebihi satu juta unit adalah pada 2023 di Amerika Syarikat dengan jumlah sebanyak 1,189,051 unit EV terjual.

Daripada jumlah itu, Tesla mendominasi lebih separuh pasaran EV di AS dengan kadar peratusan sebanyak 55.1 peratus, iaitu sebanyak 654,888 unit EV terjual.

 

tesla

 

Berdasarkan rekod jualan EV tersebut, kadar peratusan kelihatan dengan 7.6 peratus berbanding 5.9 peratus pada tahun 2022.

Jadi, adakah EV bakal bersaing dengan tenaga kuasa baharu yang ada di pasaran atau masih ada tenaga baharu yang belum diterokai untuk dijadikan satu penjana kuasa automotif satu hari nanti?

 

SUMBER : Newsmax

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…