Kenapa Rolls-Royce lebih gemar kawalan analog dalam kabin mereka?

oleh Mohamad Hanif|
Teknologi skrin sentuh kini sudah menjadi satu kelaziman bukan sahaja pada kenderaan mewah, malah kenderaan marhaen juga kini menikmati ciri serupa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, Rolls-Royce selaku pengeluar automotif mewah British masih lagi menampilkan kawalan analog pada sedan generasi baharu Ghost 2021. 

Jelas dan nyata apa yang cuba dibawakan oleh Rolls-Royce ternyata berbeza berbanding apa yang ditampilkan oleh Mercedes-Benz menerusi S-Class 2021. 

Kenapa Rolls-Royce masih lagi kekal dengan penggunaan kawalan analog pada kabin mereka?
 


Menurut Alex Innes selaku ketua unit rekaan Rolls-Royce, adalah amat penting bagi mereka untuk mempertimbangkan setiap teknologi baharu yang diperkenalkan. 

"Kami bukanlah mengejar yang pertama, dan bagi kami, teknologi adalah sesuatu yang mampu memperluaskan lagi pengalaman penggunaan. 

"Adalah penting bagi kami untuk tidak 'meminta' pelanggan melakukan lebih daripada yang sepatutnya, dan sebuah Rolls-Royce sewajarnya menjadi ruang yang bebas daripada gangguan kehidupan seharian. 

Menurut Innes lagi, sebab kenapa model seperti Phantom dan Ghost masih lagi menggunakan kawalan analog adalah kerana ia lebih senang digunakan berbanding kawalan yang menggunakan maklum balas haptik. 
 


Walaupun model generasi baharu Ghost 2021 tidak dilengkapi skrin sentuh resolusi tinggi, ia tidaklah bermakna Rolls-Royce tidak mempunyai teknologi terkini pada sedan tersebut. 

Malah, Ghost 2021 mempunyai sistem suspensi paling termaju Planar Suspension System yang menggunakan sistem kamera untuk 'membaca' jalan di hadapan, dan membolehkan sistem suspensi bersedia terhadap perubahan jalan tersebut.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…