Kenapa Honda buat reka bentuk HR-V begini?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda HR-V e HEV
Honda HR-V e HEV
Honda telah pun memperkenalkan beberapa generasi baharu kenderaannya seperti City, Jazz, Civic dan HR-V. Apa yang menjadi perhatian ialah reka bentuk yang jauh berbeza dengan generasi sebelumnya.

Jika boleh disimpulkan, konsep terbaharu ini tampil lebih matang, tenang dan bersahaja berbanding tema agresif dan tajam pada model sebelum.

Dalam memahaminya Honda memang begitu, selang satu generasi mereka akan bereksperimen dan tampil engan idea baharu. 

Akan tiba Honda tampil jauh ke hadapan dan ada ketikanya seperti kembali berdiri tenang.

Sebagai contoh, gril depan dan lampu utama yang merapat seperti sekarang pernah digunakan semasa era 90an seperti Civic EG dan keluarga Accord.

Satu daripada model terbaru Honda yang menarik perhatian ialah HR-V baharu. Seperti model terbaru lain, HR-V generasi ketiga ini nampak berbeza dari sebelumnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
2021-Honda-HR-V

HR-V secara tradisi memang unik dan boleh difahami dengan merujuk model generasi pertama.

Untuk generasi ketiga, HR-V pasaran Eropah hanya ditawarkan dalam versi hibrid yang dikenali sebagai HR-V e:HEV.

Menurut Honda, model ini adalah hasil daripada penilaian semula yang mendalam terhadap sikap pengguna moden.

Honda membangunkannya bukan sekadar sebuah SUV kompak baharu tetapi sebagai produk konsumer yang harus menonjol melalui kehendak, fungsi dan kebolehgunaan.

Honda menilai bagaimana masyarakat hari ini yang aktif dan berhubung (connected) mengenalpasti dan memilih produk dengan nilai tinggi.

Dengan itu boleh difahami mengapa reka bentuknya bukan menjurus ke arah racy atau sporti.

2021-Honda-HR-V-5

Kajian Honda mendapati bahawa pengguna moden memilih produk bukan setakat prestasi yang baik atau penampilan menyerlah tetapi juga bagaimana ia diintegrasikan dengan kehidupan mereka dan sama ada produk tersebut memenuhi keperluan mereka.

Melalui panduan tersebut, Honda menggunakan tema Amp up your life dengan mengfokuskan kepada gaya hidup aktif melalui setiap peringkat pembangunan HR-V.

Objektifnya ialah untuk meluaskan lagi apa yang dapat dilakukan pemilik dalam kehidupan harian mereka.

Hasilnya ialah SUV dalam gayaan coupe yang tampil dengan reka bentuk ringkas manakala saiz dalaman luas dan versatil yang lebih berorientasikan pengguna dan selesa untuk diduduki berbanding sebelumnya.

 

Honda HR-V e HEV

 

Satu ciri utama yang dibawa ialah Man-Maximum, Machine-Minimum (M/M) di mana tujuan teknologi dan reka bentuk ialah bagi memenuhi keperluan pemandu dan penumpang.

Ini dicapai melalui packaging komponen rangkaian kuasa dan posisi tangki minyak di tengah kereta berbanding di belakang seterusnya membantu mendapatkan saiz ruang kabin bagi membolehkan empat penumpang dewasa berada dengan selesa.

Berikut ialah penjelasan Ketua Projek Honda, Kojiro Okabe;

"Semasa membangunkan HR-V, kami melakukan perbincangan kumpulan dengan pelbagai latar belakang, dari banyak bidang kepakaran dan dari semua peringkat umur dan jantina"

"Membangunkannya dari awal, HR-V mempunyai elemen yang memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada semua penumpang"

"Kami mensasarkan untuk menambah dan bukan menekan pendapat atau keperibadian individu dan menghasilkan kereta yang membolehkan semua orang menikmati gaya hidup mereka."

Honda Vezel

Berikut pula ialah ciri reka bentuk tersendiri Honda HR-V generasi ketiga:

  • Garis badan (character lines) melintang dan ke hadapan serta permukaan yang kemas melambangkan keringkasan seperti model baharu Honda lain.
  • Lampu depan dan gril yang bersekali dengan panel sisi dan diintegrasi bersama bahagian gril atas yang berwarna sama seperti badan.
  • Bagi menghasilkan reka bentuk kontemporari dan tenang, pereka Honda menggunakan garisan bahu melintang yang bersambung dari lampu depan hingga gugusan lampu belakang.
  • Bukaan pintu dan bucu pintu belakang yang rendah dan lantai kargo rata semuanya berfungsi secara bersama untuk memudahkan akses pemuatan barang walaupun bumbung berbentuk coupe.
  • Bagi menonjolkan penampilan elegan, para pereka memberi perhatian penuh pada perincian. Potongan garisan (cut lines) dijajarkan dan dikurangkan sebanyak mungkin bagi mengelakkan bebayang dan disingkirkan terus pada pemegang pintu.
  • Turut membawa konsep serupa ialah lampu nombor pendaftaran, pembuka pintu belakang dan kamera undur disekalikan pada satu bahagian sahaja.
  • Ciri tersebut menampilkan gayaan ringkas dan senada dengan model-model terbaru Honda.

Dengan penerangan yang diberikan ini bagaimana pula pendapat anda? Harus diakui Honda memang berani bereksperimen atau menekan brek pada masa pengeluar lain membawakan gaya agresif dan tajam.

Jawapannya terletak pada penerimaan pengguna dan angka jualan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda HR-V e HEV.04

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…