Kenapa dah tak banyak kereta coupe baharu dijual atas jalan raya?

oleh Mohamad Hanif|
Era 1990-an dan awal 2000-an, kita masih lagi dapat melihat kebanyakan pengeluar menawarkan opsyen model coupe dua pintu, baik yang mampu milik sehinggalah kepada model mampu tengok.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, tidak ketinggalan jenama kebanggaan negara Proton pada suatu ketika dahulu pernah melancarkan versi tersendiri Proton Putra 1.8 liter dengan enjin 4G93P yang diperoleh daripada rakan teknikalnya Mitsubishi.

Malangnya, jangka hayat Putra tidak begitu lama, bermula dari 1996 sehinggalah berakhir pada tahun 2004.

 


Pengeluar lain turut sama cuba menghidupkan semula genre coupe dua pintu ini, seperti Volkswagen Beetle dan Kia Koup (sekadar menyebut dua contoh), namun reka bentuk badan ini juga nampaknya tidak bertahan lama.

Adakah disebabkan rekaan? Tidak praktikal? Kenapa penulis kami Salina sanggup bertahan dengan Kia Koup beliau yang merah mak ngah tu?

Menurut bos besar Peugeot Jean-Philippe Imparato memberitahu Autocar, salah satu sebab kenapa genre coupe ini tidak bertahan lama adalah disebabkan teknologi baharu yang muncul seperti trenkuasa elektrik, sambungan berkelajuan tinggi 5G, ciri swapandu dan sebagainya.

 


Jelas beliau, untuk membangunkan sesebuah platform yang mampu menyokong teknologi baharu, ia memerlukan sumber dana yang cukup besar, dan kesan daripada itu kebanyakan pengeluar tidak mempunyai dana yang cukup untuk membangunkan kenderaan niche seperti coupe.

Tambahan pula, jika dibandingkan dengan kadar jualan kenderaan popular seperti sedan dan SUV, jelas dan nyata coupe dua pintu tidak dapat dijual dalam kuantiti yang cukup banyak untuk memberikan keuntungan sewajarnya.

Dan jika dilihat kepada apa yang ditawarkan oleh pengeluar masa kini, kebanyakan SUV/crossover dan trak pikap kini didatangkan dengan rekaan yang lebih menawan dan mampu membuatkan jiran sebelah rumah iri hati.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…
Berita Global
Namun disebabkan peraturan emisi yang lebih ketat, para peminat Mustang di Eropah terpaksa menerima…