Ken Okuyama hampir dipenjarakan selepas memandu sebuah Ferrari Enzo melebihi had laju

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Siapa sahaja yang tidak mengenali salah satu model ikonik Ferrari, iaitu Ferrari Enzo di mana reka bentuknya masih kekal segar sebagai sebuah supercar hingga ke hari ini.

Menariknya, Ferrari Enzo telah direka bentuk oleh orang bukan berdarah Itali, iaitu Ken Okuyama di mana model tersebut dihasilkan antara tahun 2002 hingga 2004 dengan hanya 400 unit terhasil.

Baru-baru ini, pereka bagi model ikonik tersebut iaitu Kiyoyuki “Ken” Okuyama nyaris dipenjarakan selepas ditahan memandu laju dalam sebuah Ferrari Enzo.

Pereka berusia 63 tahun itu ditahan selepas memandu 88 kmj melebih had laju, di mana dia memandu sehingga 128 kmj di kawasan had laju 40 kmj, yang berlaku pada 10:50 pagi, 1 Oktober 2022, di jalan pergunungan Wilayah Yamagata, Jepun.

 

2

 

Dalam perbicaraan awal tahun ini, peguam Okuyama cuba berhujah bahawa dia perlu memecut untuk membantu menyejukkan enjin Ferrari Enzo tersebut.

Ferrari Enzo dikuasakan oleh enjin V12 6.0 liter dipadankan bersama transmisi F1 Graziano 6 kelajuan yang menghasilkan kuasa sehingga 651 hp dan 657 Nm.

Walaupun Ken mempunyai pengetahuan mendalam terhadap sistem penyejukan Ferrari, ianya tidak terbukti sebagai pembelaan undang-undang yang meyakinkan.

 

3
Ken Okuyama bersama rekaan terbaharunya, Kode61 Birdcage

 

Hakim Osamu Imai telah menjatuhkan hukuman penjara empat bulan kepada Okuyama, seperti yang dituntut oleh pendakwa raya.

Namun Ken bernasib baik kerana hukuman itu telah ditangguhkan selama dua tahun kerana dia telah mengaku melakukan kesalahan tersebut.

Berikutan kejadian itu, Ken telah memohon maaf kepada orang awam Jepun dan bersumpah untuk tidak akan membuat kesalahan yang sama.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau juga turut mempunyai beberapa projek tersendiri yang diberikan nama khusus Kode, di mana…
Berita Global
  Model Ferrari yang dinamakan sempena nama pengasasnya  iaitu Ferrari Enzo,  dipercayai bernilai…
Informasi
Namun, tidak ramai yang tahu fakta dan rahsia di sebalik salah seorang daripada pereka terhebat,…