Terbabas, langgar Jazz - Ferrari Enzo harga £2.5juta dipandu penghantar kereta 'jahanam'

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah jentera mewah jenama Ferrari Enzo yang merupakan antara kereta paling jarang ditemui di dunia, musnah dalam satu kemalangan ngeri di laluan berkembar di Jersey, England, menurut lapor akhbar The Scottish Sun kelmarin.


Kemalangan ngeri itu berlaku pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Model Ferrari yang dinamakan sempena nama pengasasnya  iaitu Ferrari Enzo,  dipercayai bernilai sekitar £2.5 juta (RM12.9 juta) dan hanya terdapat 400 buah yang dikeluarkan di seluruh dunia.


Kemalangan yang berlaku di Victoria Avenue itu melibatkan pertembungan dengan sebuah kereta Honda Jazz.


Laluan berkembar itu ditutup dan perkhidmatan kecemasan berada di lokasi kejadian selama beberapa jam dengan Polis Jersi menggesa pemandu mengelak melalui kawasan itu.


“Ferrari Enzo itu  sedang menuju ke arah bandar, melepasi lampu isyarat sebelum terbabas di atas pembahagi jalan dan berpusing sebelum bertembung,” demikian menurut kenyataan seorang saksi.


Jentera Ferrari Enzo mempunyai kelajuan maksimum  sekitar 346 kilometer sejam dan dilengkapi dengan teknologi kereta lumba Formula Satu (F1).


Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu tetapi seorang pemandu warga emas telah dibawa ke jabatan kecemasan hospital berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.


Terdapat laporan yang belum disahkan bahawa Ferrari itu sebenarnya dalam perjalanan untuk dihantar kepada pemilik baharunya. 

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, Ferrari Enzo telah direka bentuk oleh orang bukan berdarah Itali, iaitu Ken Okuyama di…
Berita Global
Beliau juga turut mempunyai beberapa projek tersendiri yang diberikan nama khusus Kode, di mana…
Informasi
Namun, tidak ramai yang tahu fakta dan rahsia di sebalik salah seorang daripada pereka terhebat,…