Kempen panggil semula - semua kecut, mahu tunggu pesaing umum dahulu

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya syarikat kenderaan semakin risau isu panggil semula (recall) akan menggugat jenama mereka.

Dalam dunia di mana kenderaan semakin kompleks, jumlah keuntungan semakin menguncup dan model baharu keluar setiap tiga ke emapt tahun, risiko produk baharu datang dengan masalah memang semakin menjadi masalah besar.
Modenas

Mungkin kerana itu kempen panggil semula sekarang ini dilakukan secara serentak oleh lebih dari satu syarikat kenderaan.

Contoh terbaik ialah ketika isu tali pinggang keledar Takata yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Ada lebih dari lima jenama terbabit, tetapi ia hanya muncul bila Honda memulakan kempen panggil semula tersebut.

Begitu juga di US di mana dalam tahun 2017, Ford memulakan kempen panggil semula untuk injap tangki bahan bakar yang bocor, dan selepas itu terus diikuti oleh kempen yang hampir sama dari Honda US dan kempen panggil semula untuk hos minyak dari Chrysler.

 

 

Ini mungkin ada kena mengena dengan isu kejatuhan harga saham bila kempen panggil semula dilakukan. Namun begitu untuk Malaysia, ia lebih kepada imej yang akan menggugat jualan. 

Untuk sebuah negara yang tidak mempunyai undang-undang pengguna yang kukuh serta tidak ada peraturan khusus dan tegas untuk kempen panggil semula, pengguna Malaysia akan mengalami masalah yang besar di kemudian hari.

Kes Takata adalah kes istimewa di mana ia menjadi isu dunia. Namun begitu, ada banyak isu-isu teknikal yang lain yang boleh membawa kematian.

Contohnya jika enjin mati semasa dipandu, ia akan menyebabkan pemandu hilang kawalan ataupun kenderaan tersebut mati di tengah selekoh.

 

 

Sistem elektronik yang semakin canggih juga boleh terbakar jika berlaku litar pintas atau masalah litar menjadi terlalu panas. Ini akan menyebabkan kebakaran kenderaan.

Buat masa sekarang, kempen panggil semula di Malaysia tidak wajib diumumkan secara terbuka. Memadai jika pemilik diberitahu secara surat atau panggilan telefon, atau komponen diganti bila kenderaan di servis di pusat servis rasmi.

Selepas lima tahun atau lebih, adakah pemilik baharu dapat dikesan dan adakah kenderaan masih dihantar ke pusat servis rasmi? 

Dengan harga kenderaan semakin meningkat, dan pemilik-pemilik kenderaan kebanyakannya membuat pinjaman sewa beli selama sembilan tahun, saya kira hak-hak pengguna kenderaan perlu diberi lebih perhatian.

Sehingga kini, tidak ada satu pun agensi kerajaan atau persatuan pengguna yang mahu memberi komen secara serius akan masalah ini dan saya kira ini adalah satu masalah besar kerana dengan kenderaan elektrik atau EV, masalah elektronik akan menjadi jauh lebih rumit.

Bagaimana kita hendak wujudkan kenderaan berautonomi jika undang-undang pun masih memihak kepada syarikat atau pengimport kenderaan? 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen panggil balik yang dikendalikan secara berperingkat ini bertujuan untuk menggantikan…
Berita Global
Menurut informasi daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), sebanyak 2,744…
Berita Global
Satu daripadanya melibatkan model-model Subaru Crosstrek (2018-2019), Subaru Crosstrek Hybrid (2019…