Kempen panggil semula: Nissan Sentra 2020-2022 perlu elak lubang jalan

oleh Mohamad Hanif|
Sebanyak 236,238 orang pemilik sedan Nissan Sentra tahun 2020-2022 nampaknya perlu memandu dengan lebih berhati-hati dan mengelakkan daripada terlanggar lubang jalan yang besar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana berdasarkan siasatan yang dilakukan, para jurutera Nissan menemukan kelemahan pada sistem stereng, di mana komponen tie rod dikatakan tidak cukup kuat untuk menempuh keadaan pemanduan dunia sebenar, walaupun ia sudah memenuhi spesifikasi rekaan yang telah ditetapkan oleh Nissan.

Masalah ini muncul pada Januari 2023, di mana mereka telah menerima tuntutan jaminan untuk Nissan Sentra tahun 2022 untuk permasalahan sistem stereng yang senget.

Siasatan awal mendapati komponen batang pengikat (tie rod) yang patah sehingga menyebabkan keretakan pada perumah bebola hujung.
 

sentra


Namun begitu, empat lagi tuntutan waranti muncul pada musim bunga memaksa Nissan melakukan pemeriksaan yang lebih teliti, dan melakukan ujian untuk menentukan sebab di sebalik permasalahan ini.

Masalah ini dikatakan timbul apabila sesebuah kereta melanggar lubang jalan yang besar atau bahu jalan, dan di dalam senario terburuk, ia mampu mengakibatkan kenderaan tersebut hilang kawalan.

Nissan akan mula menghubungi para pemilik Nissan Sentra yang terjejas pada 5 Oktober ini secara berperingkat, dan mana-mana Nissan Sentra yang didapati patah atau bengkok komponen tersebut akan digantikan dengan yang baharu.
 

sentra


Manakala baki selebihnya akan digantikan tanpa sebarang kos menjelang musim sejuk 2023-2024.

Pada tahun 2021, Nissan USA telah memanggil kembali 138 ribu sedan Nissan Sentra 2020-2021 disebabkan oleh pemasangan rod penyambung yang bengkok dari kilang, di mana ia memberikan impak kepada aspek pemanduan sedan tersebut.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Di sebalik Nissan Sentra generasi kelapan ini, Nissan menggunakan platform serba baharu yang…