Nissan Sentra 2020 - 10 beg udara, Safety Shield 360 sebagai ciri standard!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas sedan segmen B Nissan Almera, Nissan kini menguasai perhatian acara Los Angeles Auto Show 2019 dengan memperkenalkan sedan segmen C generasi baharu, Nissan Sentra (atau nama lainnya Nissan Silphy di sesetengah negara).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Di sebalik Nissan Sentra generasi kelapan ini, Nissan menggunakan platform serba baharu yang menjadikan sedan ini memiliki dimensi yang lebih rendah dan lebih lebar berbanding generasi terdahulu. 
 


Penampakan yang agresif pada Nissan Sentra ini disumbangkan ole penggunaan gril signatur V-motion, muka hadapan dan belakang yang direka semula, lampu utama LED yang menipis dan rekaan bumbung terapung. 

Sementara itu, ruang dalaman turut menerima pembaharuan di mana kerusi Zero Gravity kini dibaluti bahan kulit serta mempunyai sistem pemanas terbina dalam. 

Elemen jahitan warna kontras pada tempat duduk turut diteruskan di bahagian perehat tangan serta beberapa bahagian di papan pemuka. 
 


Di bahagian tengah, terdapat tiga corong berasingan yang menyalurkan udara sejuk ke dalam kabin dan di bahagian atasnya terdapat skrin sentuh bersaiz 8 inci turut menyokong sambungan peranti pintar Apple CarPlay dan Android Auto. 

Nissan Sentra 2020 hanya ditawarkan dengan satu pilihan enjin sahaja, iaitu nadi MR20DE 2.0 liter empat silinder sebaris dengan kuasa 149 hp dan 197 Nm, menawarkan 20 peratus lebih kuasa dan 16 peratus lebih daya kilas berbanding enjin 1.8 liter pada generasi terdahulu. 
 


Tidak dilupakan, Nissan Sentra 2020 kini dilengkapkan dengan Nissan Safety Shield 360 yang merangkumi brek kecemasan automatik, sistem pengesan pejalan kaki, brek belakang automatik, serta bantuan lampu suluhan tinggi. 

Nissan Sentra juga turut ditawarkan dengan 10 beg udara sebagai ciri standard, Amaran Pintu Belakang, Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar serta sistem amaran tumpuan pemandu pintar (i-DA). 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana berdasarkan siasatan yang dilakukan, para jurutera Nissan menemukan kelemahan pada…