Kemalangan tiga kenderaan, pemandu & penumpang positif dadah ditahan polis

oleh Mohamad Hanif|
Pihak polis telah menahan pemandu dan penumpang positif dadah selepas mengakibatkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Batu 5, Jalan Ipoh pada Jumaat lepas, menurut Bernama.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur selepas menjalani ujian saringan air kencing.

Beliau berkata pemandu kenderaan jenis Nissan Sentra berusia 25 tahun itu dipercayai terlelap dan melanggar bahagian belakang lori jenis Hino yang berada di hadapannya dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari.    

“Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan bergerak ke hadapan dan melanggar belakang sebuah motosikal di lorong sama menyebabkan penunggang motosikal terjatuh. Bagaimanapun, tiada individu cedera dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beh berkata anggota yang tiba di tempat kejadian telah melihat perlakuan dua suspek yang mencurigakan seterusnya membawa kedua-duanya ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk menjalani ujian saringan air kencing.

“Hasil pemeriksaan tersebut mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah jenis Methamphetamine, Ketamin, Eramin 5, Ampetamin dan ganja,” katanya.

Kedua-dua suspek disiasat  mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata polis telah selesai merekodkan keterangannya pada Ahad berhubung kejadian itu. "…
Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Yusof Othman memaklumkan, insiden itu tular di…
Informasi
  "Pemandu Perodua Myvi itu hadir ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya…