Kemalangan akibat pemabuk - pakar-pakar beri pendapat berbeza

oleh HEZERI SAMSURI|
Dua orang pakar keselamatan jalanraya yang dihubungi oleh pihak Careta memberikan dua pendapat yang berbeza berkaitan isu kemalangan akibat pemandu mabuk.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tengku Ahmad Marwan Bin Tengku Mahmud, penggiat keselamatan jalanraya menyambut baik usul Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong untuk menambah kempen kesedaran bagi pemandu mabuk.

"Ini ialah kerana kes akibat pemandu mabuk masih kecil berbanding punca-punca kemalangan yang lain.

"Masalah utama masih lagi akibat kecuaian dan pemandu dan penumpang yang tidak kompeten," ujar beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Cikgu Marwan.

Beliau mendakwa lebih 80 peratus kemalangan masih disebabkan kesalahan pengguna jalanraya itu sendiri.

 

 

Menurut Profesor Dr Kulanthayanan KC Mani, Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia pula, pihak kerajaan perlu menurunkan kadar bacaan alkohol dalam darah pemandu (BAC atau Blood Alcohol Concentration) dari 0.08 kepada 0.05, seperti yang disyorkan oleh badan kesihatan dunia, WHO (World Health Organisation) yang dipayung oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Kerajaan juga perlu melabur dalam menambahkan lagi alat pengesan nafas atau Breath Analyser kerana ia membolehkan pihak berkuasa terus membuat penapisan di lokasi kejadian dan mendapat keputusan yang cepat dan tepat," ujar beliau lagi.

"Pemandu itu mungkin mabuk semasa kejadian, tetapi bila dia tampil membuat laporan esoknya, beliau sudah tidak mabuk lagi. 

 

 

Pemeriksaan kadar alkohol perlu dilakukan terus di lokasi kejadian dan semua kenderaan peronda perlu dibekalkan dengan alat Breath Analyser yang diselenggara dengan baik," ujar seorang lagi penganalisa keselamatan jalanraya yang dihubungi Careta tetapi enggan dikenali.

Kejadian terbaharu di Kuantan membabitkan seorang pemandu yang meninggal dunia setelah dirempuh oleh pemandu mabuk. 

Sebelum itu, seorang pemandu trak pikap Toyota Hilux yang cuba membunuh orang ramai di bazar Bukit Sentosa mengaku tidak bersalah ketika perbicaraan di mahkamah semalam.

Seorang anggota polis pula mati di sebuah sekatan jalanraya di Kajang kerana dilanggar oleh sebuah kenderaan yang disyakki dipandu oleh individu yang mabuk.

Apa pendapat anda sebagai pengguna jalanraya? 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan, EUROCHAM Malaysia, Institut Penyelidikan Keselamatan…
Berita Domestik
Bagi sabitan kali kedua atau seterusnya, hukuman penjara diperuntukkan selama tempoh tidak kurang…
Berita Domestik
Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM pula menunjukkan sebanyak 21 kes kemalangan melibatkan pemandu…