Kelab kereta Geely pegang rekod hasilkan mozek kereta terbesar di dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang kita semua maklum, Tahun Baru Cina 2021 kali ini menandakan bermulanya Tahun Lembu mengikut kepercayaan masyarakat Cina global.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Sebagai sebahagian daripada sambutan Tahun Baru Cina, Geely menerusi kelab Geely Emgrand Official Clubs telah menganjurkan satu perjumpaan besar-besaran di kalangan para pemilik sedan tersebut.

 


Malah, perjumpaan tersebut turut diiktiraf oleh Guinness World Record kerana telah berjaya membentuk mozek kereta terbesar di dunia di mana kereta berwarna gelap membentuk imej kepala lembu dan dikontraskan dengan kereta berwarna cerah.

Menurut laporan, perjumpaan yang dibuat pada 31 Disember 2020 itu mengumpulkan kira-kira 750 unit Geely Emgrand dan mengambil masa lebih daripada 30 jam untuk siap.

 


Saiz keseluruhan mozek tersebut berukuran 7,070.26 meter persegi di mana setiap kereta disusun dengan jarak antara kereta tidak melebihi 20 cm.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, ini merupakan kali kedua himpunan terbesar seumpamanya diadakan sejak penubuhan kelab…
Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati klip video tersebut telah tular melalui laman sosial X dan telah dimuat…
Berita Domestik
Dalam majlis yang dianjurkan secara maya, wakil daripada 10 buah kelab kereta iaitu Proton…