10 Kelab Kereta Malaysia Syorkan Penggunaan Shell Fuelsave 95

oleh Mohamad Hanif|
Sebanyak 10 buah kelab kereta di Malaysia sebulat suara mengesyorkan penggunaan bahan api Shell FuelSave 95 di mana ia merupakan sebahagian daripada kempen Shell "Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza" yang dilancarkan pada awal tahun ini.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Dalam majlis yang dianjurkan secara maya, wakil daripada 10 buah kelab kereta iaitu Proton Ambassadors of Malaysia, Myvi Gen.3 Club, HR-V Club Malaysia, Civic FC Club Malaysia, Geng Alza Biru Malaysia, Vios Yaris Owners Club, Mazda 3 Owner Club Malaysia, Kelab AruzR Malaysia, Nissan X-Trail Club Malaysia dan Volkswagen Club Malaysia secara rasmi menyokong kelebihan dan perbezaan yang ditawarkan oleh Shell FuelSave 95.

Sokongan ini merupakan hasil kobalorasi bersama kelab-kelab kereta sejak tahun 2019 di mana mereka menguji sendiri keupayaan bahan api Shell FuelSave 95 ini.

Selain daripada itu, kerjasama ini membolehkan Shell mendapat maklum balas pantas daripada ahli kelab kereta berkenaan pengalaman dan prestasi penggunaan Shell FuelSave 95.
 

Shell


Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain menjelaskan, “Bahan api Shell dibangunkan menerusi kepakaran teknologi, penyelidikan rapi sejak berdekad lamanya, dan yang lebih penting, dengan mengutamakan keperluan pengguna. Tidak semua bahan api dicipta sama dan kami sangat berbesar hati bahawa begitu banyak pakar kereta memilih Shell FuelSave 95 untuk kereta mereka.

Sebagai meraikan sokongan daripada 10 buah kelab kereta, pelanggan Shell boleh menikmati diskaun 5 peratus ke atas baucar Shell RM30 dan RM50 di Shopee bermula 13-22 Ogos 2021 dengan menggunakan kod promo 'EKSTRAKM', di mana ianya terhad kepada 2,000 tebusan sehari.

Selain daripada itu, rakyat Malaysia juga boleh menonton 'The Ekstra Onz Show' menerusi laman Facebook ERA FM untuk memenangi ganjaran tambahan, serta tip berguna untuk menikmati penjimatan ekstra.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada Februari lalu, pengenalan Shell FuelSave 95 baharu membolehkan rakyat Malaysia menguji dan…
Berita Domestik
Cabaran itu dianjurkan sempena pelancaran bahan api gred utama baharui, membolehkan rakyat Malaysia…
Berita Domestik
Menerusi penawaran ini, rakyat Malaysia boleh mendapat nilai tambahan setiap kali membuat pengisian…