Kejohanan Cub Prix Malaysia buka tirai pada 17 dan 18 Julai di SIC

oleh SALINA JALIL|
Selepas empat bulan tertangguh susulan pandemik COVID-19, kempen 2020 Kejuaraan Cub Prix Malaysia akhirnya bakal kembali membuka tirainya pada 17 dan 18 Julai ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).


Perkara itu diumumkan promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual (SAM) Sdn Bhd dalam satu majlis pengumuman kalendar baharu saingan di laman Facebook rasmi mereka hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kalendar baharu itu menyaksikan tiga litar kekal menjadi lokasi utama perlumbaan dengan empat daripada berlangsung di SIC bahagian Utara dan Selatan. Litar Tangkak, Johor menjadi venue untuk tiga pusingan manakala Litar Gong Badak, Terengganu menjadi lokasi tuan rumah untuk satu pusingan.

 

Begitupun buat tempoh awal ini, pihak promoter memaklumkan ia akan berlangsung tanpa penonton sehingga ada perubahan peraturan baharu diumumkan pihak kerajaan.

 

"Apa yang pasti kita bertindak mengikut keadaan semasa. Sekiranya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ada perubahan di masa depan dan penonton dibenarkan datang menyaksikan perlumbaan, maka kalendar dan lokasi juga mungkin berubah," kata Pengarah Urusan SAM Sdn Bhd, Ron Hogg.

 

Dalam majlis yang diadakan secara langsung di laman Facebook itu, Ron turut diajukan soalan oleh penonton mengenai ketiadaan perlumbaan di litar sementara seperti kebiasaan.

 

"Kalau dilakukan di litar sementara, susah untuk pastikan tiada penonton yang hadir kerana lokasi biasanya di tempat ramai (terbuka). Namun seperti saya katakan tadi, sekiranya fasa baharu PKP yang baharu nanti ada perubahan dan membenarkan kami berlumba di litar sementara maka pada masa itu kami akan putuskan sama ada akan mengikut jadual ditetapkan ataupun ada perubahan di litar sementara," katanya.

 

Ron turut memaklumkan peminat sukan permotoran boleh menyaksikan siaran langsung perlumbaan di kaca televisyen selain beberapa platform media sosial rasmi Cub Prix di Facebook dan Youtube.

 

"Seperti biasa Cub Prix akan bersiaran langsung di TV1 selama dua setengah jam dan kami akan berusaha memaparkan sebanyak mana perlumbaan final yang boleh dalam tempoh itu. Namun untuk setiap sesi bermula daripada latihan bebas sehingga final (perlumbaan), kami akan siarkan di Facebook dan Youtube," katanya.

 

 

Kalendar Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS Musim 2020 (dikemaskini pada 13hb Julai, 2020)

 

Pusingan 1 - Litar Sepang (Utara) 17 – 18 Julai, 2020

Pusingan 2 - Tangkak 22 – 23 Ogos, 2020

Pusingan 3 - Litar Sepang (Selatan) 2 – 3 September, 2020

Pusingan 4 - Kuala Terengganu 18 – 19 September, 2020

Pusingan 5 - Tangkak 10 – 11 Oktober, 2020

Pusingan 6 - Litar Sepang (Selatan) 31 Oktober – 1 November, 2020

Pusingan 7 - Litar Sepang [bakal diumumkan]

Pusingan 8 - Tangkak 12 – 13 Disember, 2020

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pasukan Yamaha Tekhne AHM Motor Sports bakal bersaing dalam dua kategori iaitu CP150 dengan…
Berita Domestik
  Beliau berkata saingan bagi 2023 juga bakal menjadi sengit dengan kehadiran beberapa pasukan…
Berita Domestik
  Menurutnya, kelab itu itu mencadangkan satu kawasan di Bukit Merah dekat sini untuk pembinaan…