Kegagalan fungsi brek hadapan - KTM panggil semula model Duke terjejas

oleh Afandi Che Muhamad|
Baru-baru ini, KTM telah memanggil semula beberapa model Duke keluaran dari tahun 2015 hingga 2016 yang terjejas akibat kegagalan fungsi brek hadapan.
Modenas

Difahamkan, model yang terjejas ialah Duke R 690 (2016), Super Duke R 1290 (2015), Super Duke R 1290 Special Edition (2015) dan Super Duke GT 1290 (2016).

(Dari kiri: Duke R 690 (2016), Super Duke GT 1290 (2016), Super Duke R 1290 (2015) dan Super Duke R 1290 Special Edition keluaran tahun 2015)

Panggilan semula tersebut berkuat kuasa serta-merta di seluruh dunia (untuk semua model yang disebutkan sahaja).

Menurut sumber, inisiatif tersebut (panggil semula) diambil selepas syarikat berkenaan khuatir bahagian utama silinder omboh (piston) yang terdapat di dalam komponen brek hadapan jenis Brembo terbabit retak sekiranya penunggang membrek dengan keras di laluan tertentu.

Selain KTM, pengilang motosikal jenama lain yang mengaplikasikan pemasangan angkup brek hadapan Brembo turut mengambil langkah sama (panggil semula). 

KTM menasihatkan pemilik yang terjejas untuk segera membawa motosikal mereka ke mana-mana cawangan pengedar terdekat bagi proses penggantian komponen brek tersebut.

Harus diingatkan bahawa proses tersebut bakal mengambil masa selama satu jam setengah untuk disiapkan. Tiada sebarang kos dikenakan (percuma).

Setakat ini, hanya komponen brek hadapan sahaja dilaporkan bermasalah dan pihak KTM belum menerima maklum balas berhubung masalah lain.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web, www.ktm.com (global) atau www.ktmmalaysia.com (untuk pasaran Malaysia).

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
BAGI peminat motosikal lasak, motosikal KTM 450 Replika Rali 2021 pasti sangat dinanti-nantikan.…
Berita Global
  Sempena Hari Kemerdekaan Filipina baru-baru ini, KTM telah mengumumkan untuk memulakan…
Model Terbaharu
    Bahagian enjin jentera ini masih mengekalkan dua unit silinder selari sama seperti model…