Kebenaran rentas negeri, PLUS jangka peningkatan trafik hingga 1.3 juta kenderaan sehari

oleh Mohamad Hanif|
PLUS menjangkakan peningkatan trafik antara 1.1 juta hingga 1.3 juta kenderaan setiap hari di Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari apabila perjalanan antara negeri dibenarkan semula kelak.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, "kami bersedia untuk membuka semula semua 94 plaza tol di seluruh wilayah utara dan selatan bagi menampung penambahan kenderaan sebaik sahaja sekatan perjalanan antara negeri dilonggarkan.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan para pengguna PLUS suapaya kekal mematuhi SOP COVID-19 yang telah ditetapkan, terutama ketika menggunakan kemudahan di R&R dan Hentian Sebelah, seperti memakai topeng muka, menjaga penjarakan fizikal serta menggunakan fungsi pra-pesanan (https://orderdisini.plus.com.my/) untuk membawa pulang makanan yang disediakan oleh rakan niaga R&R yang terpilih.

PLUS akan memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna tetap menjadi keutamaan, di mana kakitangan yang terdiri daripada PLUSRonda, pasukan keselamatan dan penyelenggaraan lebuh raya, serta kakitangan khidmat pelanggan di seluruh laluan akan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Polis Trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan juga akan turut bekerjasama meningkatkan penguatkuasaan di sepanjang lebuh raya.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat keadaan trafik di semua media sosial PLUS (Twitter, Facebook, Instagram, Youtube) atau dengan menggunakan aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun menerusi Apple AppStore atau Google PlayStore.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada Kosmo!, kesesakan trafik berlaku di tol Bandar Seri Putra, Bangi…
Berita Domestik
Malah, pembayaran tol menggunakan RFID bakal diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna kenderaan…
Berita Domestik
Tindakan NGO itu sepatutnya dimaafkan kerana mereka mungkin pertama kali turun membantu dan…