Kawasaki ZX-25R mendarat di Filipina - bermula dari RM35 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Selepas Indonesia, Thailand dan New Zealand, sebuah lagi negara yang baharu sahaja menerima model Kawasaki ZX-25R adalah Filipina dengan harga jualan bermula dari PHP410,000.
Modenas

Jika ditukar dalam matawang Malaysia, harga jualan motosikal suku liter itu adalah sekitar RM35,231.

Seperti yang diketahui umum, Kawasaki ZX-25R merupakan model baharu dalam segmen suku liter yang hadir dengan konfigurasi enjin empat silinder sebaris dengan angka output 50 kuasa kuda dan 30 Nm daya kilas.

 


Motosikal ini hadir dengan beberapa teknologi termaju seperti fork hadapan jenis terbaik Showa 37 mm dengan Separate Function Fork-Big Piston (SFF-BP) dan penyerap hentak tunggal Horizontal Back-link di belakang.

Secara standard, Kawasaki ZX-25R didatangkan dengan ciri brek anti-kunci dua saluran, namun versi SE menerima ciri tambahan seperti mod tunggangan, sistem kawalan cengkaman dan ciri Kawasaki Quick Shifter (KQS).

 


Ketika pengenalan rasmi di Indonesia, harga jualan bermula dari IDR96,000,000 (RM28,373*) untuk model asas, dan diikuti oleh IDR112,900,000 (RM33,102*) untuk varian ABS SE.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Bakal dinamakan sebagai YZF-R25M, ia juga bakal hadir dengan enjin empat silinder sebaris…
Pelancaran Motosikal
Spesifikasi rasmi jentera tersebut turut juga diumumkan, di mana enjin sejukan cecair tersebut…
Berita Global
Menerusi paparan video berdurasi 54 saat itu, kelihatan dua buah motosikal yang berbeza bersaing…