Kawasaki ZX-25R 2022 dapat warna baharu, liveri minimalis

oleh Mohamad Hanif|
Sedar mahupun tidak, rupa-rupanya sudah hampir setahun semenjak pelancaran rasmi Kawasaki ZX-25R di negara jiran Indonesia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk memastikan penawaran tersebut lebih malar segar, Kawasaki Motor Indonesia baru-baru ini melancarkan kemaskini liveri terhadap motosikal dengan enjin empat silinder sebaris itu.

Kawasaki Ninja ZX-25R 2022MY bakal ditawarkan dalam empat warna khas, satu untuk model asas dan tiga lagi dikhususkan untukmodel ZX-25R ABS SE.

 


Model asas mendapat warna metallic black spark sementara model ZX-25R ABS SE pula mendapat gandingan warna Lime Green/Pearl Blizzard White, Metallic White Graphene Steel Gray/Metallic Spark Black dan Passion Red/Pearl Blizzard White.

Sementara kemasan liveri juga kini tampil lebih minimalis jika dibandingkan dengan versi pelancaran tahun lalu.

 


Menurut laporan daripada RideApart, pada mulanya Kawasaki Motor Indonesia mensasarkan angka jualan 2,000 unit untuk tahun pertama pelancaran.

Namun, sambutan hangat yang diterima melihatkan kepada satu-satunya opsyen enjin empat silinder sebaris dalam kelas 250 cc menyaksikan angka tersebut melonjak kepada lebih 4,000 unit!

Spesifikasi penuh Kawasaki ZX-25R boleh dibaca pada pautan INI.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…
Model Terbaharu
Dengan kehadirannya ke pasaran Malaysia, Ninja ZX-25R kini menjadi model paling berkuasa dalam…
Berita Global
Selain daripada itu, ia masih lagi merupakan model yang tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia…