Kawasaki Z900 dan Z900 SE kini di pasaran Malaysia - 123 HP, 98 Nm, harga bermula RM43,900

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) secara rasminya melancarkan model Kawasaki Z900 dan Z900 SE ke pasaran Malaysia.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Untuk pasaran Malaysia, kedua-dua Z900 dan Z900 SE menerima pelbagai peningkatan seperti ciri elektronik moden, termasuk kawalan cengkaman, mod kuasa tunggangan dan panel meter TFT 4.3 inci dengan fungsi sambungan Bluetooth baharu.

 

2

 

Dari segi kuasa juga, kedua-duanya dikuasakan nadi enjin empat silinder 948 cc dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan yang menghasilkan sehingga 123 HP dan 98 Nm, menjadikannya antara supernaked berbaloi untuk dimiliki.

Untuk versi Z900 SE, ia didatangkan dengan beberapa peningkatan seperti sistem suspensi fork Showa 41 mm boleh laras sepenuhnya di hadapan, serta monoshock dinaiktarafkan dengan penggunaan unit S46 Öhlins di belakang.

 

3

 

Versi Z900 SE turut menerima naik taraf angkup Brembo M4.32 empat omboh dan silinder induk Nissin baharu bersama hos steel braided dan cakera 300 mm di depan.

Dari segi kosmetik, Z900 ditawarkan dengan dua pilihan warna dan harga iaitu Metallic Matte Graphenesteel Grey berharga RM44,900 dan Metallic Spark Black berharga RM43,900.

 

4

 

Untuk model edisi khasnya iaitu Z900 SE, ia ditawarkan dengan satu pilihan warna iaitu Candy Lime Green dengan tanda harga RM55,900.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, “Ini merupakan model Kawasaki berkapasiti tinggi yang pertama dipasang siap di kilang MODENAS, Gurun, Kedah."

 

6

 

"Syarikat amat berbangga diatas kebolehupayaan para pekerja kami dalam memasang serta menguji motosikal Kawasaki ini dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat."

"Bukan itu sahaja, malah ujian akhir prestasi enjin turut disempurnakan di mesin “test bench” Kawasaki yang pertama di Asia Tenggara yang kini berada di kilang kami”.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Berita Domestik
Kesemua model tahun 2024 yang telah dikemaskini warna dan grafik itu boleh didapati di semua…