Kanak-kanak tiga tahun 'terkunci' dalam kereta

oleh SALINA JALIL|
Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terperangkap di dalam kereta Proton Iswara ketika ibunya keluar ke lokasi berhampiran di Jalan Baru, Balik Pulau, petang semalam.


Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau Mohd Ferdaus Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.45 petang berhubung kejadian itu.


Modenas

 

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Balik Pulau dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan bagi operasi menyelamat.

 

"Ketika tiba di lokasi, kanak-kanak itu tidur di tempat duduk penumpang bahagian depan dalam kereta yang terkunci.

 

"Kami mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan kanak-kanak itu dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi.

 

Difahamkan, kereta terbabit dipandu ibunya sebelum meninggalkan kanak-kanak itu di dalam kereta bagi untuk berurusan di lokasi berhampiran, namun selepas ibunya kembali mendapati kenderaan berkenaan terkunci.

 

 

Harian Metro

Add new comment