Tesla Model S terkunci akibat kehabisan bateri, pemilik disaran tukar bateri kos RM118k

oleh Penyumbang Rencana 2|
Seorang pemilik kenderaan Tesla di Canada mendakwa keretanya yang bernilai 140,000 USD telah terkunci dari dalam selepas kenderaan tersebut kehabisan bateri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Selain itu, Mario Zelaya juga mendakwa semasa pemilik Tesla menghantar kenderaan mereka untuk proses penyelenggaraan, bahagian bahagian bateri tidak diperiksa. Katanya pusat perkhidmatan tidak mempunyai insentif untuk berbuat demikian.

Zaleya yang mahu menjual Tesla miliknya itu yang telah habis tempoh jaminan selama setahun tidak dapat berbuat demikian kerana dokumen pemilik kenderaan terkunci bersama dalam kereta tersebut. Malah dia dikenakan caj 30 USD untuk memperbaharui dokumen tersebut.

Seminggu kemudian, sebuah video dimuat naik olehnya sekali lagi dengan menyatakan dia sudah menjual kereta tersebut kepada seseorang. 

Baru-baru ini, beberapa pemilik Tesla sudah menyuarakan hal ini. Bahkan sekumpulan pemilik Tesla dari Norway juga bertindak untuk mogok lapar pada bulan Ogos dalam usaha mendapatkan penjelasan daripada CEO Elon Musk berkenaan masalah yang dihadapi oleh kenderaan mereka ini.

Penulis: IZRA

Sumber: Fox Business

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…