Kanada mahu wajibkan semua kereta baharu sifar emisi tahun 2030

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Kanada dijangka akan melaksanakan peraturan baharu yang mewajibkan semua kereta baharu terdiri daripada kenderaan sifar emisi pada tahun 2035, lapor Reuters.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Peraturan yang digelar sebagai Electric Vehicle Availability Standard itu sebenarnya tidaklah mengharamkan secara terus penjualan kenderaan yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman.

Ini kerana menurut laporan itu lagi, kategori kenderaan sifar emisi yang biasanya sinonim dengan kenderaan elektrik (BEV) akan turut merangkumi model-model kenderaan plug-in hybrid dan hidrogen.

Menjelang 2026, Kanada menyasarkan 20 peratus jualan kenderaan baharu terdiri daripada kenderaan sifar emisi, diikuti 60 peratus pada tahun 2030 dan 100 peratus pada tahun 2035.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
"Kami mengubah sektor automotif Kanada menjadi peneraju global dalam pembinaan kenderaan masa depan…
Berita Global
Kewajipan itu dikenakan kepada semua EV yang dihantar dari China, termasuk yang dibuat oleh Tesla,…
Berita Global
Perancangan itu ialah untuk menjadikan Honda lebih kompetitif bagi pasaran EV di US dan Eropah.…