Kanada dan VW mahu labur US$14.8b untuk kilang giga menghasilkan bateri

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan Kanada dan Volkswagen akan melabur lebih dari USD14.8 bilion bagi membina sebuah kilang giga bagi menghasilkan bateri untuk kenderaan elektrik (EV) di St Thomas, Ontario.

Pelaburan itu dikatakan pelaburan tunggal dengan nilai terbesar bagi memantapkan rantai bekalan EV di negara tersebut.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Kanada akan melabur dalam bentuk potongan cukai sehingga tahun 2032 dan juga sokongan tunai dalam bentuk geran bantuan.

Kerajaan tempatan Ontario juga akan membuat pelaburan dalam Volkswagen di samping meningkatkan lagi prasarana tempatan untuk mencapai objektif utama mereka - St Thomas menjadi hab untuk komponen EV bagi Kanada. 

Kilang bateri itu dijangka akan menjadi kilang bateri terbesar bagi jenama Jerman itu dan akan menawarkan sebanyak 3,000 peluang pekerjaan.

Aktiviti pecah tanah akan bermula dalam tahun 2024 sementara kilangitu akan mula beroperasi seawal tahun 2027.

* Laporan dari Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat dan Kanada, kira-kira 109,806 unit Corolla Cross varian petrol tahun 2022-2023…
Berita Global
Terdapat beberapa negara di benua Amerika Utara dan Eropah telah mengharamkan pesawat Rusia…
Berita Global
Biarpun dengan prestasi jualan menurun 17 peratus, barisan sedan dan hatchback Corolla itu telah…