Kamera kesan pemandu guna telefon bimbit diperkenalkan

oleh SALINA JALIL|
New South Wales (NSW) menjadi negeri pertama di Australia menggerakkan penggunaan kamera pengesan telefon bimbit semalam, dengan harapan mengurangkan kadar kematian jalan raya kepada satu pertiga dalam masa dua tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Program pengesanan telefon bimbit itu, antara yang pertama di dunia, membabitkan kamera beroperasi siang dan malam dalam semua keadaan cuaca untuk memastikan sama ada pemandu menggunakan telefon bimbit, menurut agensi Transport for NSW, yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan di negeri itu.

 

“Ia adalah sistem untuk mengubah budaya,” kata Penolong Pesuruhjaya Polis NSW, Michael Corboy, kepada media Australia minggu lalu.

 

Belanda melancarkan sistem serupa Oktober lalu, mendenda pemandu 240 euro (RM1,107) kerana menggunakan telefon bimbit, menurut kenyataan di laman web polis Belanda.

 

Membuat atau menerima panggilan suara ketika memandu dibolehkan di NSW tetapi dengan menggunakan alat bebas tangan.

 

Sementara fungsi lain seperti panggilan video, menggunakan media sosial dan fotografi, adalah dilarang ketika memandu.

 

Setakat ini pada 2019, kemalangan jalan raya di NSW meragut 329 nyawa, berbanding 354 pada 2018, menurut statistik.

 

Kerajaan negeri mahu mengurangkan bilangan kematian jalan raya sebanyak 30 peratus pada 2021.

 

Kamera pengesan telefon bimbit menggunakan kepintaran buatan untuk menyemak imej dan mengesan penggunaan peranti terlarang, kata Transport for NSW dalam kenyataan.

 

 

 

Sumber : Reuters dan Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata hal ini kerana kajian yang…
Berita Domestik
Untuk itu, sebuah syarikat tempatan Tapway mahu menyediakan solusi bagi mengatasi masalah kesesakan…
Berita Domestik
Sistem dibangunkan Selgem Sdn Bhd (Selgem) mengaplikasikan penggunaan kamera pintar di papan pemuka…