Kajian terkini: 10 negara dengan jalanraya paling selamat di dunia!

oleh HEZERI SAMSURI|
Laporan kaji selidik terkini dari Zutobi, sebuah syarikat global yang menyediakan pendidikan atas talian untuk pemandu-pemandu di US, UK, Sweden, Australia, Perancis dan Jerman mendapati Norway mempunyai jalanraya yang paling selamat di dunia.

Kajian Zutobi untuk 56 negara di seluruh dunia adalah berdasarkan analisa kematian kemalangan jalanraya, halaju maksimum yang dibenarkan, peratusan pemakaian tali pinggang keledar, kematian kemalangan jalanraya akibat alkohol dan kadar alkohol maksimum yang dibenarkan untuk pemandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Zutobi berkata kajian mereka mendapati bahawa ada satu kematian di seluruh dunia akibat kemalangan jalanraya bagi setiap 30 saat, dan 20 kecederaan dalam tempoh masa yang sama juga.

Pemandu dan penumpang kenderaan bukanlah golongan yang terbabit sahaja kerana lebih kurang 750 pejalan kaki menemui ajal mereka setiap hari akibat kemalangan jalanraya.

Di bawah ialah sepuluh negara muncul dengan kadar kemalangan paling rendah, dan dari 10, satu adalah negara dari benua Asia.

 

Norway muncul juara dengan kadar 2.7 kematian untuk setiap 100,000 penduduk sementara kadar pemakaian talipinggang keledar pula adalah 95.2 peratus, antara yang tertinggi di dunia.

Tempat kedua ialah satu-satunya wakil dari Asia, iaitu Jepun. Walaupun kadar kematiannya ialah 4.1 maut untuk setiap 100,000 orang (jalanraya negara itu jauh lebih sibuk dari negara-negara Eropah), pengguna kenderaan di Jepun adalah yang paling patuh dalam pemakaian talipinggang keledar - 98 peratus.

Pingat gangsa dimenangi oleh Sweden dengan 2.8 kematian untuk setiap 100,000 penduduk.

Anda boleh baca laporan penuh untuk 56 negara itu di pautan di bawah.

https://zutobi.com/uk/the-worlds-safest-roads

Di manakah Malaysia? Tunggu laporan seterusnya.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Oleh itu, Lebuhraya WCE menggesa semua pemandu supaya mengutamakan keselamatan dan meningkatkan…
Informasi
Menurutnya, lalu lintas dijangka kekal sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan darat itu, pada Jumaat …
Informasi
Bagi mendepani situasi itu, LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan…