Kajian ojek siap dalam sebulan - Menteri

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan Anthony Loke akhirnya bersuara dalam isu perkhidmatan ojek (teksi motosikal) yang dipersetujui secara dasar oleh jemaah kabinet.

Menurut Anthony, implmentasi ojek atau teksi motosikal akan hanya boleh dilakukan selepas kajian oleh pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) disiapkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kabinet memberikan sebulan untuk MOT mengemukakan kertas kerja agar sistem ojek boleh diperkenalkan di Malaysia.

Ia termasuk proses perundangan, keselamatan, perlindungan insurans, pengawasan dan juga sensitiviti budaya.

Anthony memberi penjelasan tersebut semasa merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di SMK Panchor, Seremban semalam.

Anthony berkata keselamatan jalanraya akan menjadi objektif utama dan ojek tidak akan menggantikan LRT, MRT atau bas bandar.
 

Isu ini timbul bila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman memperkenalkan GoJek, sebuah syarikat perkhidmatan ojek dari Indonesia kepada Perdana Menteri dan menteri di kabinet sebagai satu cara untuk memberikan pekerjaan kepada anak-anak muda Malaysia. 

* Laporan asal dari The Star

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Kekeliruan ini berlaku selepas Menteri Belia dan Sukan "memperkenalkan" pengusaha GoJek Indonesia…
Berita Domestik
Dego dimulakan dalam tahun 2016 oleh syarikat tempatan tetapi diberhentikan perkhidmatannya dalam…
Berita Domestik
"Kita benarkan ojek bukan bermaksud kita benarkan mereka membawa motosikal tanpa apa-apa peraturan…