"Kita benarkan ojek bukan bermaksud kita benarkan mereka membawa motosikal tanpa apa-apa peraturan. Kita mahu ambil pendekatan seperti yang dilakukan oleh perkhidmatan e-hailing sekarang," ujar Anthony kepada Sinar Harian semalam.
Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan pernah mengisytikarkan Dego Ride, satu perkhidmatan ojek milik tempatan haram kerana menyalahgunakan lesen kenderaan.
Namun begitu, pihak kerajaan secara tiba-tiba mengubah dasar itu apabila Menteri Belia Dan Sukan membawa masuk GoJek, perkhidmatan ojek dari Indonesia.
GoJek sudah beroperasi di Indonesia, Thailand, Filipian dan di Singapura. Namun begitu, GoJek tidak dibenarkan membawa penumpang di Singapura.
Mungkin itu yang boleh dilakukan di Malaysia - lebih kepada penghantaran makanan dan barang-barang seperti apa yang telah dilakukan oleh Grab.
Anthony juga berkata walaupun penggunaan motosikal sebagai kenderaan penghantar makanan dan barang-barang sudah lama beroperasi, tidak pernah ada satu usaha untuk memberi fokus kepada keselamatan bagi kelompok tersebut.
Tahun lalu, 66 peratus dari 6,284 kemalangan maut di Malaysia membabitkan motosikal dan Socso juga mendapati sejumlah 35,195 kemalangan jalanraya terjadi dalam tahun 2018, melibatkan pengguna yang sedang menggunakan motosikal dari rumah ke tempat kerja atau sebaliknya.
*Laporan asal dari Sinar Harian