Jualan trak pikap di China mula meningkat

oleh HEZERI SAMSURI|
Segmen trak pikap global melihat perkembangan positif sejak kebelakangan ini, bermula bila kerajaan China melonggarkan undang-undang terhadap kenderaan genre itu pada tahun 2016.

Permintaan terhadap trak pikap di China meningkat dengan sihat apabila kerajaan di sana membenarkan trak pikap untuk masuk ke kawasan urban di empat dari 31 daerah di negara itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun lalu, kerajaan China sekali lagi melonggarkan undang-undang untuk trak pikap bila ia membenarkan trak pikap digunakan tanpa perlu meletak label perniagaan komersil di kiri dan kanan badannya.

Keputusan itu menjadikan trak pikap lebih menarik untuk segmen bukan komersil. Malah kerajaan China juga telah mengumumkan bahawa ia akan perlahan-lahan membuka lebih ruang kepada trak pikap bagi pasaran bukan komersil agar penjualannya meningkat dan membantu industri automotif negara itu.

 

 

Pada tahun 1990-an, jualan trak pikap di China hanyalah dalam 400,000 unit setahun, kurang dari 2 peratus jualan kenderaan di China.

Menurut penganalisa automotif dari LMC Automotive, jualan itu kini telah meningkat 10 peratus kepada 452,000 setahun selama empat tahun berturut-turut.

Jualan trak pikap China dijangka mampu meningkat kepada satu atau dua juta unit setahun jika trak pikap dibenarkan masuk ke kawasan-kawasan utama di bandar-bandar.

Great Wall (Haval( dan Ford sudah bersedia dengan trak-tark pikap yang lebih menarik kepada pasaran gaya hidup (life style). 

Great Wall contohnya telah melancarkan trak pikap baharu mereka, Wingle 7 (gambar di bawah) yang sama saiz seperti Ford Ranger dengan harga RM122,000.

 

 

Trak Great Wall itu sudah semakin mewah dan menarik perhatian mereka yang mahukan kenderaan itu bukan untuk tujuan komersil.

Great Wall sebenarnya mahu masuk ke pasaran US dan trak pikap adalah salah satu dari produk yang mahu dijual di sana.

Ford pula telah mula menjual F150 Raptor di China sejak tahun 2017 dan Ranger pula sejak tahun 2018.

Ranger dijual dengan harga bermula dari RM186,000 sementara F150 Raptor dijual pada harga RM284,000.

Sementara itu trak pikap elektrik juga mula mendapat perhatian dari syarikat-syarikat automotif di sana.

Selain dari Great Wall dan Jiangling Motors (rakan kongsi Ford) serta JAC Motors (rakan kongsi VW), Geely juga sedang membina sebuah trak pikap elektrik mereka.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…
Sukan Bermotor
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…