Keadaan ini memaksa Mitsubishi Motors untuk menghentikan terus pengeluaran kenderaan di sana, dan merancang untuk mengurangkan kakitangan dalam masa terdekat, menurut laporan Financial Times.
Sementara itu, rakan kerjasama Mitsubishi di China, Guangzhou Automobile Group (GAC) sedang menilai situasi semasa, namun menegaskan mereka tidak akan berundur daripada pasaran tersebut.
Prestasi jualan kenderaan berjenama Jepun terjejas teruk disebabkan oleh perang harga yang dilakukan oleh Tesla, serta strategi elektrifikasi yang sangat perlahan jika dibandingkan dengan pengeluar China.
Jenama Jepun itu pernah mencapai angka jualan berjumlah 134,500 unit kenderaan pada tahun 2019, sebelum prestasi tersebut merudum pada tahun-tahun berikutnya.
Sepanjang tahun 2022, Mitsubishi sekadar menjual sebanyak 34,500 unit sahaja, disebabkan oleh permintaan terhadap EV yang melonjak tinggi di pasaran China.
Menurut laporan EVMagz, biarpun Mitsubishi mempunyai sebuah EV (Airtrek EV), namun begitu ia sukar untuk menguasai pasaran disebabkan oleh pelancaran yang lewat serta harga jualan yang agak tinggi jika dibandingkan dengan pesaing.
Untuk tempoh tahun lalu, hanya 515 unit Airtrek EV sahaja yang telah berjaya dijual.
Selain daripada Mitsubishi, pengeluar automotif Jepun lain seperti Nissan, Honda, Mazda dan Toyota turut berdepan dengan penurunan angka jualan yang signifikan disebabkan oleh cabaran yang kuat oleh pengeluar automotif China.
Sumber: Financial Times, EVMagz