Jualan 9,503 unit bagi Oktober - bukti pengurusan baharu Proton lebih berjaya

oleh SALINA JALIL|
Terima kasih kepada pengurusan serba baharu, Proton kini mampu mencatatkan angka jualan sebanyak 9,503 pada bulan Oktober.

Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi 10 bulan pertama tahun ini adalah sebanyak 79,833 unit (domestik + eksport) dengan kadar pertumbuhan sebanyak 46 peratus. Walaubagaimana pun jumlah keseluruhan industri (TIV) menurun sebanyak 1.3 peratus.

 

Bagi pegangan pasaran pula, ia dianggarkan pada 16 peratus, dengan kenaikan sebanyak 5.2 peratus berbanding tahun lepas.

 


Dari aspek penjualan berdasarkan model pula, SUV Segmen C, Proton X70 mengekalkan sebagai model yang paling laris dengan 24,000 unit telah diserahkan kepada pembeli. Ia juga bermakna Proton adalah syarikat nasional  yang menerima jumlah permit import (AP) paling tinggi  kerana kesemua Proton X70 dibina dan diimport sepenuhnya dari China.

 

Proton Saga pula mencatatkan angka jualan sebanyak 4,273 unit pada bulan Oktober dengan tempahan sehingga 28,000 unit.

 

Ini menjadikan jumlah kumulatif Saga adalah sebanyak 30,331 unit, iaitu peningkatan sebanyak 26 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu peningkatan sebanyak 26 peratus.

 

 

Exora, Iriz dan Persona yang turut menunjukkan peningkatan jualan secara keseluruhan. Model-model tersebut termasuk Saga telah menyumbang 78 peratus dari jumlah jualan Proton pada bulan Oktober`

 


Proton kini mempunyai 108 pusat 3S/4S dengan empat buah cawangan baharu dibuka pada Oktober.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain menerapkan teknologi mesra alam dengan dilengkapi sistem solar, pusat 3S baharu itu juga…
Berita Domestik
Ia sekaligus membuka peluang untuk PRO-NET selaku pengedar dan pengimport rasmi jenama smart di…
Pelancaran
Pelancaran model SUV baharu, Proton X90 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar…