JPJ Kedah sita 507 motosikal ditunggang warga asing

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 507 motosikal yang ditunggang penunggang warga asing sepanjang Operasi Khas Motosikal 2023 di Kedah dari 1 hingga 30 Sept lepas.

Pengarah JPJ Kedah Aman Shah Hashim berkata, jumlah itu ialah 72.43 peratus daripada keseluruhan 700 motosikal yang disita sepanjang tempoh operasi berkenaan dijalankan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kalau kita lihat, jumlah peratusan itu sangat tinggi dan mereka ini (penunggang warga asing) tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

"Jadi, kita perlu mengatasi masalah ini dari awal bagi mengelakkannya menjadi lebih serius pada masa hadapan.

"JPJ Kedah memandang serius dan tidak berkompromi dengan mana-mana pengguna jalan raya terutamanya penunggang warga asing yang melanggar peraturan dan tindakan tegas akan dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya," katanya pada sidang media pada Selasa.

Beliau berkata tindakan undang-undang termasuk pendakwaan di mahkamah akan dikenakan kepada pemilik motosikal yang membenarkan warga asing meminjam dan membawa kenderaan tanpa lesen sah.

Menurut Aman Shah, bagi tempoh sama, JPJ Kedah telah memeriksa 47,106 motosikal dan 3,549 daripadanya telah diambil tindakan serta sebanyak 10,526 Notis Saman P (22) telah dikeluarkan.

"Kesalahan utama dikesan melibatkan 3,352 kes tiada lesen memandu yang sah; 2,981 kes lain kesalahan teknikal; 2,113 kes lesen kenderaan motor telah tamat tempoh dan 2,080 kes tiada perlindungan insurans.

"Operasi Bersepadu JPJ Kedah sentiasa diteruskan dengan matlamat utama operasi adalah untuk mendidik pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan berhemah semasa memandu. JPJ menyeru orang awam untuk melaporkan aduan secara terus dengan menggunakan Aplikasi MyJPJ," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Dalam operasi pada sebelah pagi semalam (Selasa) sahaja, kita berjaya menahan 23 warga asing…
Berita Domestik
Pengarah JPJ Kedah Abdul Rahman Emang Anyie berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 189 notis saman…
Berita Domestik
  Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, bidaan tertinggi adalah KFC 7 sebanyak…