JomParking kini boleh digunakan di KL

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengguna kini boleh menggunakan aplikasi JomParking untuk membayar caj parkir di bahu jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur bermula esok.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di dalam kenyataan medianya hari ini berkata JomParking ialah tambahan kepada empat aplikasi e-wallet yang sudah digunakan untuk pembayaran caj parkir di kawasan ibukota. 

Empat aplikasi yang sudah beroperasi itu ialah EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking dan M-Cash.

Permohonan baharu untuk pas bayaran parking bulanan masih belum beroperasi tetapi permohonan untuk lot parkir khas masih dibuka.

DBKL menasihatkan pengguna mula membiasakan diri dengan sistem online ini.

Berita Berkenaan

Informasi
  Katanya, mereka ditahan Pasukan Tindakan Khas Jabatan Penguatkuasaan DBKL dalam operasi bermula…
Informasi
  Beliau berkata laluan kontra itu akan mengelakkan bas-bas daripada tersekat di dalam kesesakan…
Informasi
    "Selain itu, DBKL menerusi Unit Cerunnya sedang giat memantau lokasi berisiko tinggi…