John Cena sah pegang watak dalam filem kesembilan Fast & Furious

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Umum mengetahui Dwayne The Rock Johnson tidak akan menyertai sekuel filem Fast & Furious 9 memandangkan beliau dan kawan rapatnya Jason Statham bakal membuat kemunculan dalam filem spin-off Hobbs & Shaw tidak lama lagi. 

Jadi, mungkin ramai yang menyangka filem Fast 9 bakal hilang serinya tanpa kehadiran The Rock dan Jason Statham, namun sebagai seorang produser, Vin Diesel mempunyai satu lagi kejutan kepada para peminat filem aksi tersebut.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thank you Pablo.

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel) on


Mengikut satu hantaran di dalam laman Instagram, pelakon yang memegang watak Dominic Toretto mengumumkan kemunculan John Cena, seorang superstar wrestling untuk memegang watak dalam filem akan datang. 

Vin tidak menerangkan secara jelas peranan John Cena, namun berdasarkan andaian, besar kemungkinan peranan itu bakal menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh watak The Rock. 
 


Filem Fast & Furious kesembilan itu bakal diarahkan oleh Justin Lim, insan yang bertanggungjawab menukar format perlumbaan jalanan kepada sebuah filem aksi menyelamatkan dunia. 

Ia bakal memasuki pawagam pada 10 April 2020, dek kerana kemunculan tidak diduga filem spin-off Hobbs and Shaw pada 2 Ogos 2019.

Berbalik kepada John Cena, perjalanan karier beliau tidaklah segah The Rock, namun sebelum ini nama John Cena kembali naik kerana kemunculannya sebagai watak Agent Jack dalam filem Bumblebee. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kereta yang digunakan khusus untuk aksi pemanduan berani mati ini diberitakan telah pun muncul di…